Monday, 20 May 2013

Padan Muka!!! CEO Air ASiaX Kena Tepek Tepat Kat Muka Dengan Utusan!!!


Azran Osman-Rani… terus ke muka lu bro…. nah baca jawapan Utusan Malaysia kepada anda dan syarikat banyak hutang yang anda hanya makan gaji itu.

Antara baris ayat paling best oleh Awang Selamat dalam keluaran Mingguan Malaysia hari ini ialah nilai iklan Air Asia X lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut…

Bro… kau dah la b***k… nilai iklan kau lak lagi rendah dari iklan rawatan rambut…. kah kah kah

Berikut petikan yang dimaksudkan;

Iklan Air Asia

Nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman -Rani enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya rasis.


Beliau bukan sahaja gagal membuat tafsiran yang betul daripada laporan yang disiarkan bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? pada terbitan 7 Mei lalu malah memperlihatkan sikap angkuh.

Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam reaksinya pada sidang akhbar, mempertahankan laporan tersebut. ?? Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina."

Jawapan Najib itu secara spontan mendapat tepukan daripada para wartawan yang hadir. Isunya, sampai hari ini, Air Asia yang menaungi Air Asia X apatah lagi Azran tidak ambil sikap tanggungjawab malah lepas tangan kononnya ia pandangan peribadi.

Awang hairan, Utusan tidak usik Air Asia, tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan. Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya. Menuduh Utusan rasis tanpa faham sepenuhnya laporan tersebut selain ugutan berkaitan iklan, adalah keterlaluan.

Dalam isu tersebut, Awang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pembaca, badan-badan bukan kerajaan (NGO) , para pengendali blog dan banyak pihak lagi atas sokongan kepada Utusan.

Ramai yang marah kepada Azran dan Air Asia dan tidak perlu Awang ulang hujah-hujah mengenainya.

Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan Air Asia.

Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan.

Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut.

Ingatlah Air Asia bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia. Kepada yang berbudi, kita berbahasa terutama Penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya.


Semua orang tahu Air Asia banyak masalah dan isu. Aduan pengguna melambak-lambak. Opps, kalau ada bantahan terhadap Awang , harap-harap bos besar Utusan akan menjawab bahawa itu pandangan peribadi penulis – sebagaimana reaksi bos Air Asia – lepas tangan. (Petikan rencana Awang Selamat MINGGUAN MALAYSIA) 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.














4 comments:

  1. Air Asia mengiklankan promosi mereka di internet melalui google adwords. Tiap-tiap satu klik google akan caj air asia amaun yang telah ditetapkan pada anggaran aku lebih kurang 20 sen hingga 30 sen satu klik untuk iklan tempatan. Kalau beribu orang yang klik pada iklan air asia dengan tidak membeli apa-apa produk mereka sudah tentu air asia kerugian beribu ringgit setiap hari.Asal nampak saja iklan air asia di internet marilah kita sama-sama gatal tangan klik seberapa banyak yang boleh.Ini adalah salah satu cara kita mengajar mamat melayu cacat itu dan air asia.Jangan lupa sebarkan.

    ReplyDelete
  2. Elok juga jika Utusan menyiarkan semua surat pembaca yang dihantar kepadanya tentang kedudukan perkhidmatan AirAsia yang sebenarnya yang selama ini dipendamkan oleh Utusan. Biarlah pengguna menilai dengan adil kualiti khidmat AirAsia dengan maklumat yang telus itu. Bukankah AirAsia dibarisi oleh manusia yang menyanjung tinggi ketelusan dan bersikap terbuka. Jadi Utusan tidak perlu lagi memerapkan semua surat yang dihantar ke pihak Utusan berkenaan AirAsia. Bersusah payah pembaca menulis surat, sikap pihak Utusan seolah-olah melindungi AirAsia sebagai pengiklan sambil mengabaikan pembaca Utusan sendiri apabila menegetepikan rungutan pembaca. Utusan perlu berfungsi sebagai media yang lebih telus dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. INILAH DIA SALAH SEORANG MELAYU KORPORAT YANG TAK SEDAR DIRI.. NAMPAK GAYA KEPALANYA YANG BOTAK AKAN TUMBUH RAMBUT...SALAH..TUMBUH UBAN LEPAS INI.........

    BODOH @ BANGANG PUNYA MELAYU.....

    ReplyDelete
  4. terbaik lah awang selamat

    botak chin yang bodoh azran tu!

    ReplyDelete