Bayang-bayang parti DAP akan mendominasi pentabbiran kerajaan Selangor berikutan kemenangan pakatan pembangkang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sudah kelihatan.
Ia apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng lebih awal mengumumkan dua wakil parti itu akan menganggotai barisan Exco kerajaan negeri yang baharu walhal perkara itu belum dimuktamadkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim dan ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sah menjadi dua Exco kerajaan Selangor daripada DAP," katanya.
Keghairahan DAP untuk mendominasi pentadbiran di Selangor juga jelas kelihatan apabila Guan Eng membayangkan lebih ramai ADUN DAP akan menjadi Exco kerajaan negeri.
"Yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen pakatan Selangor," katanya.
Guan Eng dalam kenyataan sama turut memaklumkan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Chang Kim untuk menguruskan perbincangan bagi jawatan kerajaan di Selangor bagi pihak parti.
Mengulas lanjut Chang Kim sebagai Exco kerajaan Selangor, beliau berkata, ADUN Sungai Pinang itu memohon bertukar daripada jawatan Speaker menjadi Exco dan beliau telah bersetuju dengan permintaan tersebut.
"Tidak ada pengumuman akan dibuat sehingga perbincangan (bagi jawatan kerajaan di Selangor) tersebut mencapai kata putus,"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment