Friday, 31 May 2013

UMNO Tak Relevean??? Pemimpin Dan Ahli UMNO Tolong Jawab Skit???


UMNO parti keramat orang Melayu dan bukannya parti hak milik individu.

Pemimpin UMNO harus sedar harapan orang Melayu sejak dulu adalah pada UMNO.

Kewujudan UMNO sebelum Merdeka membuatkan ramai orang Melayu berpusu pusu mahu menyertai parti keramat ini.

Tapi sekarang? Orang Melayu sendiri meluat dengan gelagat pemimpin UMNO di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat yang sudah lupa diri apa itu UMNO.

Adalah wajib UMNO perlu melakukan Transformasi dalam pekara ini agar orang Melayu dan Bumiputera yang ada hari ini sayang dan suka UMNO sepertimana waktu penubuhannya lalu.

Buang sifat ego dan elitis serta bongkak segelintir pemimpin UMNO.

p/s : tolong jawab skit boleh... macai-macai PR jangan plak dok menyebok... masalah dalaman korang pun tak settle...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Najib yang patut jawab sebab beliau telah menyatakan akan mendengar denyutan setiap nadi rakyat. aku rasakan perkara ini telah terlalu banyak diluahkan diblog blog pro kerajaan. hingga kini belum lagi seorang pun pemimpin UMNO yang respond. kenapa yer?

    ReplyDelete
  2. Jasa UMNO kepada Malaysia itu tetap tidak boleh dinafikan walaupun ada dikalangan bekas atau masih ahli UMNO yang berhasrat untuk menguburkannya. UMNO tercalar apabila di sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri, dirosakkan oleh manusia-manusia yang bertopengkan UMNO dan mereka2 yang memang inginkan kemusnahannya. (Orang kafir).
    Sangat susah untuk menjawab persoalan ini kepada kita yang tidak dapat suasana secara terus bagaimana Kemerdekaan dicapai. Jasa pejuang-pejuang kemerdekaan semakin jauh diingatan kita. Ahli-ahli UMNO kini lebih banyak mengecapi hasil dari perjuangan kepimpinan terdahulu. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa UMNO tidak pernah kalah menentang pihak lawan, namun UMNO tersungkur kepada lawan yang merupakan bekas-bekas ahli UMNO.... Memang susah untuk membersihkan parasit dan rakan yang punya PHD (perasaan hasad dengki/dendam) dan golongan yang kecewa terhadap UMNO. UMNO perlu membersihkan parti sebersih-bersihnya dengan pelbagai metodologi. Muhasabah merupakan perkara terpenting dalam mengangkat semula martabat UMNO. - Wallahhualam.

    ReplyDelete