Terkejut gak gua bila gambar print screen ni menerjah masuk ke dalam ruangan wassap gua. Dalam percaya dengan tidak, gua cuba mencari kepastian.
Gambar ini jelas menunjukkan gambar seorang menteri Barisan Nasional yang juga Ahli Parlimen sebuah kawasan di Perak menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang mengambil gambar beliau. Mungkin ada sesetengah orang tak mengenali isyarat tersebut merupakan isyarat lucah. Mungkin kita terbiasa dengan isyarat lucah ciptaan barat yang menggunakan jari tengah. Isyarat ini memang sudah dikenali oleh orang lama atau otai-otai. Budak-budak baru ni mana la tau.
Aku masih tak percaya sama ada gambar ini genuine atau tulen yang tidak mempunyai unsur-unsur super impose. Pertanyaan ini gua utarakan buat mereka di luar sana yang terer bab-bab super impose gambar ni. Sesiapa yang punya kepakaran tolong sahkan KESAHIHAN gambar ini.
Ada ka patut seorang menteri buat benda bodoh ni. Gua pun heran macam mana PM still dok ambik dia jadi menteri sedangkan orang lain dah pencen. Apa la sangat sumbangan dia sampai PM tak boleh nak lepaskan dia daripada jadi Menteri. Dah ler kat kawasan beliau riuh rendah akar umbi dok bising pasai apa dia masih dicalonkan sedangkan gua sendiri pernah tengok dengan mata kepala gua dia tak datang ke Mesyuarat Bahagian beliau sendiri dengan alasan demam pada tahun 2011. Bodo punya alasan.
Gua rasa apa yang dia buat ni amat memalukan pengundi-pengundi dalam kawasan beliau secara tidak langsung memalukan orang Perak. Gua cakap atas kapasiti gua anak Perak lahir di Perak dan besar juga di sana.
p/s : siapakah menteri ini??? korang jawab sendiri. gua tak kenal der sapa dia nie tapi menurut sumber dia menteri.
Bughuk bebenor kelaku deme nie... Ngape tengin bebenor buat khojer idok bepikior gune akei bukan gune lutut mike ooooiii!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
uish..memalukan orang perak je..xsio teman nk ngaku org kg teman
ReplyDeletemanusia..kadang2 begitulah....cumanya kali ni dia mungkin tak kisah dirakam sebegitu....apa pun, harap menteri ni tunjuk la contoh sopan sikit lain kali.....
ReplyDeleteNi gambo edit laaa..apa nko orang ni mudah sangat pecaya perngai puak pencacai angkat najis PR.
ReplyDelete