Monday, 3 June 2013

Panas!!! Bukti Air Asia Pilih Kasih Pengambilan!!! @TonyFernandes @AirAsia


KUALA LUMPUR 31 Mei - Air Asia didakwa mengamalkan budaya diskriminasi dalam pemilihan juruterbang dengan mengutamakan ahli keluarga juruterbang sedia ada.

Presiden Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (MyPA), Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal berkata, 30 juruterbang yang terpilih daripada pemilihan terakhir yang dijalankan lima daripadanya adalah anak kepada pegawai atasan Jabatan Penerbangan Komersial (DCA).

"Tiada beza antara kami dan anak-anak pegawai yang lain, semua sama membelanjakan sejumlah RM250,000 untuk mengikuti penerbangan komersil perlesenan juruterbang.

"Malah seorang daripada calon yang terpilih tidak tersenarai dalam temuduga untuk menjalani pemilihan berjaya kepemilihan terakhir," katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat Berita Harian di sini hari ini.

Humaizi juga menegaskan, lebih 1000 juruterbang telah menyatakan bantahan terhadap tindakan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

"Saya rasa pekara ini bukan saya saja yang tidak bersetuju malah saya mewakili seribu juruterbang yang lain supaya pekar ini harus diberi tindakan yang wajar dan telus kepada Air Asia dan DCA harus ambil tindakan.

"Saya syorkan pihak DCA menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menangani isu juruterbang yang menganggur." katanya.

Sebelum ini, Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) turut membidas AirAsia yang mencetuskan beberapa isu baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : KLPOST

5 comments:

  1. frust menonggeng ler tu. ala 5 jer bukan 25. nak kata pilih kasih tu terlalu subjektif la bro. lg 1, nak boikot AA pun bagi la cadangan alternatif lain. ni sibuk suh boikot, tp bile x amik AA, nak naik ape plak? MAS? pakai duit BRIM je abis licin. wat kelakar la pakcik2 pencen tu

    ReplyDelete
  2. yang tak puas hati tu pakat buat sebuah syarikat penerbangan tambang murah sendiri, muak dah dengan air asia ni

    ReplyDelete
  3. dah tahu nak dapatkan lesen juruterbang komersel mahal...knp gi ambik jugok...ikut suka airasialah nak ambik juruterbang mane...syarikat ko , ko punya suka nak tadbir macammane...nak rugi atau nak untung...lain kali sila guna akal bila nak ambik mane2 kursus..

    ReplyDelete
  4. kalau anak captain je diberi keutamaan,apa nk jd pada anak penoreh getah,nelayan?mcm tu org kaya makin kaya.DCA pun salah guna kuasa,letak jawatan je la kalau pentingkan anak sendiri

    ReplyDelete
  5. anak ketua pengarah DCA pun kerja dlm malindo,macam mano tu? tanya DCA knape bkk byk sgt flying school? ada komisen ke? ini semua salah DCA, anyway ko mmg berani bro! pedulikan apa org ckp,janji ko bgtau yg benar drpd org len stakat sembang belakang

    ReplyDelete