Thursday, 11 July 2013

Panas!!! 30 Blogger @ahmadmaslan vs #MuteKualaBesut Blogger Pro-BN??? @NajibRazak


Pilihanraya Kecil Kuala Besut memang panas!!!

Sebelum penamaan calon pun dah panas. Bukannya panas kerana soal siapa calon BN atau siapa calon Pembangkang, tapi panas tentang siapakah 30 blogger Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang disusun "baek punyer" oleh pegawai dalam pejabat PM dikenali sebagai Datuk A.

30 blogger ini dengar citernya dah berkampung lebih seminggu lepas dan ditempatkan di sebuah resort yang mahal. Tak mungkin 30 blogger nie sanggup datang turun ke Terengganu dengan duit poket sendiri kalo tanpa dibiayai oleh UMNO. Dan tak mungkin juga 30 blogger ni nak buat liputan secara fissabillillah tanpa dibayar apa-apa habuan.

Tapi apa pun, 30 blogger Tok Mat inilah yang akan memenangkan BN di Kuala Besut. Percayalah! Merekalah yang akan menjadi penerangan maklumat serta pendinding BN di alam siber dari serangan cybertroopers PR. Sudah seminggu berlalu sejak kumpulan ini berkampung di Terengganu tetapi dunia siber lesu seolah-olah tiada pun pilihanraya kecil berlaku di Kuala Besut.


Adakah dengan hanya 30 orang blogger ini mampu memenangi perang persepsi di alam siber hingga mempengaruhi pengundi Kuala Besut terutama pengundi muda yang mesra dengan media sosial kini. Atau 30 blogger Tok Mat ini hanya hadir sekadar makan angin menghirup udara tepi pantai dan akhirnya tersadai di Pulau Perhentian.

Kita tunggu dan lihat...

Apa pun cadangan dari blogger 1peluru supaya semua blogger & cybertroopers Pro-BN agar #MuteKualaBesut hingga ke hari mengundi untuk kita lihat betapa hebatnya 30 blogger Tok Mat dan Datuk A dari PMO nie berjuang di sana. Ayuh blogger & cybertroopers Pro-BN. Kita boikot jer dengan #MuteKualaBesut...

Cerita penuh sila klik sini : 

Baca juga luahan blogger anak Terengganu yang dipinggirkan oleh UMNO Terengganu sendiri dan mungkin juga ramai lagi cybertroopers anak Terengganu yang dipinggirkan di luar sana.

Sila klik sini : 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







No comments:

Post a Comment