Saturday, 13 July 2013

Pas Penakut Sampai Paksa Calon #N01KualaBesut Sumpah Bai'ah!!!


Pas mula takut dengan bayang-bayang sendiri sampai memaksa calonnya, Che Long membuat sumpah baiah bertujuan untuk mengelakkan Che Long lompat parti. Dalam sumpah baiah tu pulak macam biasa la Pas akan guna Islam sebagai alat

Kenapa sampai kena sumpah menyumpah hanya kerana menjadi calon wakil rakyat untuk satu kawasan dan sampai kena laknat melaknat oleh Allah sebagai jaminan untuk parti. Subhanallah!!!

Wahai penyokong totok Pas yang buta mata hati!!! Tolong la bukak skit hati dan akal yang Allah berikan. Kenapa sumpah baiah Che Long nie korang terima bulat-bulat sambil bersorak gembira sedangkan sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari korang tolak bulat-bulat dan kononnya sumpah itu tidak sah dan tidak akan diterima Allah.


Apa korang fikir sumpah Che Long ni pun diterima Allah. Manakala sumpah yang dibuat Saiful Bukhari tu sia-sia dan Allah tidak menerimanya.

Kat bawah nie ucapan sumpah baiah yang dibuat oleh calon Pas untuk PRK Kuala Besut, Che Long yang dipimpin oleh Hadi Awang.

"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment