Friday, 19 July 2013

Skim Bantuan Komputer Untuk OKU Mencari Rezeki Secara Online??? @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal #N01KualaBesut


"Skim Bantuan Komputer Untuk OKU Peniaga Secara Online"???

Idea ini dicetuskan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika melawat seorang OKU yang cacat kaki akibat penyakit sindrom di Kg. Alor Pisang, Kuala Besut tengahari tadi.

Idea yang tercetus secara tidak sengaja dan spontan ketika Datuk Razali menziarah OKU yang juga pintar IT dan tahu serba sedikit cara menggunakan internet. Kita semua maklum golongan OKU kebanyakkan sukar untuk bergerak dengan mudah dan lebih banyak duduk di satu-satu tempat. Datuk Razali memberi idea kepada golongan OKU untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online kerana itu lebih memudahkan kepada golongan OKU.

Selama ini kerajaan banyak membantu pelajar-pelajar di negara kita dengan memberi bantuan komputer 1Malaysia. Datuk Razali menberi idea alangkah bagus dan berfaedahnya jika bantuan komputer ini juga dapat disalurkan kepada golongan OKU termasuk pemberian "broadband" bagi memudahkan mereka mengekses internet.


Tambahan pula sebahagian besar kampung-kampung dan kawasan pendalaman sudah mempunyai akses internet ataupun WIFI.

Jika idea ini berjaya kelak, secara tidak langsung ia menjana pendapatan tambahan kepada golongan OKU sekaligus meningkatkan taraf ekonomi keluarga terbabit.

p/s : Datuk Razali berseloroh tapi penuh makna "inilah kot fadhilat hari Jumaat".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment