Sunday, 4 August 2013

Melayu Tiada Maruah Jika Namewee Terlepas Lagi!!!

Kebelakangan ini isu berkaitam penghinaan agama Islam serta bangsa Melayu di Malaysia semakin menjadi-jadi.

Mana pergi maruah bangsa Melayu yang beragama Islam dalam bertindak untuk memperjuangkan agama anda?

Yang menghina adalah bangsa asing yang tidak kenang budi, kita pula di bawah telapak kaki mereka.

Cukup-cukuplah dengan ayat menteri yang hari-hari cakap "kes dalam siasatan".

Tindakan melampau Namewee tidak boleh berada di tahap kewarasan untuk bersabar lagi.

Namewee ini boleh diibaratkan seperti melepaskan anjing tersepit, bila dilepaskan, kita di'ngap'nya.


Penghinaan yang dibuat oleh Namewee terhadap kepimpinan menteri dalam video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini sememangnya kurang ajar.

Entah apa ungkapan yang sesuai kepada Namewee kecuali gelaran manusia tidak kenang budi.

Dulu bukan main meratap merayu mintak dana untuk terbitkan filem.

Bila kerajaan telah bantu meluluskan dana sebanyak RM500,000 untuk terbitkan filem Nasi Lemak 2.0, dia pula bertindak memperlekehkan kerajaan.

Video selama 5 minit 23 saat itu telah menjadikan dua orang Menteri Melayu iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai bahan kritikan melampau.

Tak kesah pun kalau Namewee menjadikan Alvin dan Vivian sebagai idolanya, silakan. Tetapi jangan nak menghina menteri serta orang-orang Melayu.

Jika Namewee dilihat 'duduk dibelakang' Alvin dan Vivian, jelas menunjukkan yang dia ini sememangnya manusia yang tidak berhati perut.

Mana pergi menteri-menteri bertanggungjawab dengan isu ini?

Takkan nak biarkan dia terlepas macam tu sahaja.

Dalam video itu juga Namewee mempertikai keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menangguhkan tayangan filem New Village.

Kenapa perlu mempertikai isu tersebut kerana secara jelas filem New Village mengangkat komunis sebagai wira memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Adakah layak untuk iktiraf Namewee ini sebagai warganegara Malaysia sedangkan dia sendiri menjadikan komunis sebagai wira kemerdekaan yang semangnya musuh negara.

Orang Melayu dan Raja-raja Melayu bersusah payah mengejar kemerdekaan, dia pula mengagungkan komunis.

Jika sebelum ini Alvin dan Vivian dilepaskan dengan ikat jamin bersyarat, Chetz pula dilepaskan dengan bon mahkamah, kini apa pula nasib Namewee.

Jelas mereka ini mengecam, memalukan, menghina agama dan bangsa Melayu, tunggu apa lagi.

Semoga menteri bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap puak-puak ini.


Menteri mana yang merasakan mereka mewakili UMNO, sebuah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam, jangan duduk diam! 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




















4 comments:

  1. Melayu sememangnya sudah tiada maruah lagi sejak era Pak Lah.

    ReplyDelete
  2. Dan Najib terus menambah parahkan lagi maruah bangsa Melayu

    ReplyDelete
  3. Bertuah sgt la kalau dia dikenakan tindakan. Dia ni setaraf dgn Ketua Pemuda PKM. Takleh tahan selagi dia tak bom org. Itu hak asasi dia.

    ReplyDelete
  4. Kepada menteri yg berkenaan,kemenangan BN adalah disebapkan pengundi orang-orang melayu,bukannya dari orang-orang cina.Anda adalah wakil rakyat kami,bukannya wakil rakyat cina.

    ReplyDelete