Tuesday, 17 September 2013

AKHIRNYA!!! Chin Peng Mati Di Bangkok Dalam Usia 90 Tahun!!!


BEKAS Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia pagi ini di sebuah hospital di Bangkok pada usia 90 tahun.

Menurut laporan straitstimes.com, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6.20 pagi tadi.

Menurut laporan Bangkok Post pula, ahli keluarganya akan menjalankan upacara keagamaan untuk menyempurnakan mayat Chin Peng pada Jumaat ini.

Chin Peng sebelum ini mengetuai serangan gerila ke atas pasukan keselamatan negara dan membunuh ramai anggota dan rakyat yang tidak berdosa dalam pemberontakan PKM dengan misi menubuhkan negara Komunis di Malaysia.

Satu ketika, akhbar The Star melaporkan Chin Peng meminta maaf di atas keganasan yang pernah dilakukan oleh PKM kepada rakyat dan pejuang negara ini sewaktu pemberontakan itu.
Dalam temu ramah yang diadakan di Bangkok, Thailand Chin Peng berkata, walaupun PKM tidak berniat membunuh 'orang tidak berdosa', namun beliau mengakui ada kalanya mereka melakukan kesilapan dalam beberapa tindakan.


Ekoran artikel itu, ramai bekas perajurit negara bangkit menentang dan menolak permohonan maafnya kerana Chin Peng disifatkan sebagai makhluk ganas, yang hanya layak 'diajar'.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan pernah memetik bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Amat Juhari Moain yang sebak apabila dimaklumkan mengenai permohonan maaf Chin Peng itu.

Beliau berkata, perasaan sebak itu bukan kerana kesanggupan Chin Peng meminta maaf, tetapi mengenangkan betapa jahat dan rakusnya dia dan PKM membunuh rakyat negara ini.

"Kenapa dia nak sangat balik ke negara ini sedangkan dia bukannya warganegara, mesti dia ada agenda," katanya dengan nada keras.

Sehingga kini, beliau menyatakan masih tidak dapat melupakan keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh PKM terhadap bapa dan ahli keluarganya yang lain.

"Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takik bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu untuk mengeluarkan getahnya.

"Seorang lagi bapa saudara dan pembantu ayah saya turut dipenggal kepala mereka, tetapi ditinggalkan berhampiran mayat ayah dan bapa saudara saya," katanya.

Selepas pelbagai kejahatan dan keganasan yang dilakukan, hari ini Chin Peng meninggal dunia meninggalkan kesan luka yang dalam kepada rakyat Malaysia.


Oleh : KUMBANG WIRA 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













1 comment:

  1. Malaysia bukan tempat simpan mayat. Kalau semua warga asing mahu dikebumikan diMalaysia, kan masaalah.di Thailand dia tahu dia akan dilupakan - padan mukanya. Hiduppun susah matipun susah untuk dia.

    ReplyDelete