Biar betul??? Gua macam tak percaya jer bila baca tulisan dari blog sahabat gua Sangkakalajari9 bila tetiba nama gua terbabit sama dan tertulis dalam tulisan beliau. Sila klik sini :
@NajibRazak @tengkuadnanreal KETUA PEMUDA CAWANGAN KHAIRUN ASEH TOLAK PEMERHATI BAHAGIAN SAMPAI JATUH ???
Gua nak jawab skit beberapa dakwaan dari budak-budak Khairun. Pertama soal taraf pendidikan gua. Gua tak pasti setinggi mana taraf pendidikan lu tapi kalo sekadar lu duduk kuarters kerajaan taraf apartment bukan rumah teres gua dah boleh agak taraf pendidikan lu. Kalo setakat lu kerja kumpulan sokongan lagi menguatkan lagi keyakinan gua taraf pendidikan lu tak setaraf gua.
Untuk makluman lu budak-budak khairun, walaupun gua sekadar kerja sebagai drebar tapi gua tamat pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Bachelor of Arts) Major in English Minor in Communication dari Universiti Putra Malaysia (UPM). So, jangan pandang orang takda mata bro. Pekerjaan seseorang bukan melambangkan pendidikan seseorang.
Pasal budak-budak Khairun kutuk gua pakai kereta ngan motor buruk. Gua bukan macam jenis lu yang suka menunjuk-menunjuk. Kereta gua tak la mahal tapi 2.0 jugak la CC dia. Kalo lu orang takat pakai 1.8cc ke bawah baik duduk diam tak payah banyak bunyi.
Ni yang paling penting sekali pasal motor buruk gua tu. Dah la lu takda ilmu pasal motor klasik, buta kayu plak. Itu motor klasik yang gua baru beli kat kampung memang la buruk sebab belum bikin lagi. Belum "pimp my ride" kata orang putih. Motor buruk gua yang dari tahun 1966 sudah berusia 47 tahun "market value" berharga RM25K. RM25K bro!!!. Berapa plak harga motor lu. Itu pun silap-silap masih berhutang dengan kedai motor.
Yang ketiga pasal gua kena pegi mengadap lu. Apa kes plak gua yang kena pegi mengadap lu. Lu tau gua kan duduk kat mana. Lu nak jumpa gua, lu la cari gua. Tapi lu kena ingat, kalo lu rasa lu kuat ada orang lain yang lagi kuat dari lu. Kalo lu rasa lu ramai geng, lu jangan lupa orang lain pun ada geng jugak. Gua bukan batang kayu bro yang boleh lu sepak-sepak. Menang kalah itu dah kira nombor 2 janji LAWAN TETAP LAWAN!!!.
Nasihat gua buat Khairun, kalo kita berperang dalam alam maya jawablah guna alam maya bukannya hantar kaki pukul. Ada beratus bloggers kat luar sana, ambillah mereka sebagai blogger anda untuk mempertahankan anda di alam maya. Gua sekarang pun tengah duduk dengan 400 orang bloggers, gua boleh rekemenkan kalo berminat. Lu duit banyak bro, gajikan jer blogger-blogger ni "defend" anda. Tapi kalo lu hantar kaki pukul, jangan lupa orang lain pun kaki pukul jugak.
Kepada pembaca setia gua yang mungkin tertanya-tanya kenapa gua beria-ia balun si Khairun ni. Jawapan gua "simple" jer... Gua tak mahu pemimpin yang hanya mahukan jawatan dan kemudiannya hilang tanpa mengambil-berat hal-ehwal kebajikan Pemuda Putrajaya. Sejarah telah membuktikannya tapi gua tak mahu la ungkit benda yang lepas. Yang gua nampak adalah masa depan Pemuda Putrajaya.
Gua tak mahu pemimpin yang punya harta benda kaya raya tapi kedekut pahit nak membantu Pemuda Putrajaya. Biarlah pemimpin baru ini miskin atau bukan kaya raya tapi kaya dengan tenaga tulang empat kerat serta sentiasa turun padang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment