Sunday, 15 September 2013

Mesti Tengok!!! Gambar Aksi Anggota Trafik Berhati Mulia Tolong Tolak Kereta!!! @PDRMsia @ZahidHamidi


JIKA sebelum ini Mynewshub pernah menyiarkan petikan terima kasih seorang pengguna jalan raya yang terharu dengan kebaikan seorang anggota trafik yang sudi membelikan petrol apabila minyak motornya habis, anggota trafik dalam gambar ini tidak kurang jasanya kepada orang ramai.

Gambar yang disiarkan dalam laman web Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) ini memaparkan aksi seorang anggota trafik yang sempat dirakam oleh orang awam sedang membantu menolak kenderaan yang mengalami kerosakan di hadapan Masjid Negara, pagi semalam.

Sebenarnya, adalah biasa untuk melihat senario ini berlaku kerana anggota trafik bertugas biasanya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kelancaran trafik sekali pun terpaksa menyumbang tenaga daripada tulang empat kerat mereka.

Itu belum cerita bab jaga trafik di kala panas terik dan hujan lebat lagi!

Pendek kata, masyarakat seharusnya melihat jasa anggota trafik secara menyeluruh dan tidak hanya mengaitkan mereka dengan perkara-perkara negatif seperti rasuah sahaja.

Apatah lagi, lebih ramai anggota yang jujur berbanding sebaliknya. Justeru jangan disebabkan setitik nila, pengorbanan besar anggota trafik yang lain dipandang sebelah mata. – REM RAMZI (MyNewsHub)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Arwah suami sya diserang sakit jantung pd jam 3pagi dirumah. Anak2 sya kecil2 lagi dan keadaan cemas sya terus kBalai Polis minta bantuan. (Kami tinggal jauh dari hospital)

    Tanpa soal, dua Polis lompat masuk kereta sya, bantu hantar Arwah keHospital. Mereka juga hantar kereta peronda krumah saya (keadaan cemas anak2 kecil saya ditinggal sendirian kat rumah tanpa penjaga).

    Arwah meninggal beberapa minit tiba hospital, mereka tunggu hingga kaum keluarga sya lain tiba, baru beredar.

    Perkara luar dari tugas biasa Polis tetapi situ la tempat saya tuju untuk mendapat bantuan.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete