Saturday, 28 September 2013

Puaka Niring : Mayat Tinggal Rangka Dimakan Anjing Peliharaan


DI KENTUCKY, polis menemui rangka seorang wanita warga emas di kediamannya, dipercayai meninggal dunia selepas jatuh sakit dan mayatnya dimakan oleh anjing serigala peliharaannya.

Kehilangan Patricia Ritz, 67, dilaporkan oleh jirannya selepas hampir seminggu tidak melihat kelibatnya.

Wanita itu dilaporkan pernah memiliki beberapa rekod kesalahan menzalimi anjing peliharaannya bermula pada tahun 1986 hingga tahun 2003.

Salah satu kesnya ialah pada tahun 1999 apabila pihak berkuasa menemui 184 anjing di kediamannya dalam keadaan tidak terurus sekaligus menyebabkan 159 daripadanya terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit.

Bagaimanapun, Patricia dibenarkan memelihara baki anjing tersebut yang telah dirawat dan dikasi.

Kematian wanita itu menemukan lebih 50 ekor anjing dalam keadaan tidak terurus dan lapar di kediamannya di Fordsville di mana 27 daripadanya sudah ditempatkan di hospital veterinar di Owensboro.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment