Sunday, 13 October 2013

Mampukah Gabungan Pemuda Putrajaya Mengharungi 3 Tahun Mendatang??? @KhairyKJ


Hari ini perwakilan Pemuda Bahagian Putrajaya telah menunaikan kewajipan mereka dengan membuang undi bagi memilih Ahli Jawatankuasa peringkat Bahagian dan juga peringkat nasional.

Beberapa keputusan mungkin sudah diketahui terutama keputusan yang dinanti-nantikan iaitu keputusan siapakan yang menjadi Naib Ketua Pemuda Putrajaya kerana jawatan ini dipertandingkan antara 2 penjuru iaitu Nasru Syazwan dan Mohd Syarel yang melihatkan kemenangan berpihak kepada Nasru Syazwan.

Manakala jawatan Ketua Pemuda Putrajaya telah secara rasminya dimenangi oleh Ahmad Faisal atau Tom apabila tiada pertandingan berlaku walaupun pada awalnya ada desas-desus jawatan ini juga menarik minat seorang lagi pemuda Putrajaya berpangkat Datuk untuk mengisinya. Mungkin kerana kehebatan Tom ini membuatkan calon tersebut berfikir untuk tidak meneruskan hasratnya.

Persoalan di sini adakah gabungan ini boleh dikatakan mantap dan dapat bertahan serta mengharungi tempoh sepenggal sehingga pemilihan yang akan datang. Jawapan ini tergantung kepada keputusan yang mereka berdua lakukan sama ada diterima Pemuda Putrajaya atau sebaliknya.

Hanya masa sahaja yang akan menentukannya tetapi tempoh 7 hari yang getir bakal dilalui...

p/s : saja gua tak habiskan artikel nie sama ada mahu meyambungnya atau tamat di sini saja...

Apa pun tahniah buat Ketua Pemuda Putrajaya dan Naib Ketua Pemuda Putrajaya dari anak muda marhaen Putrajaya...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Bah. pertama:

    GERAMNYA! Tengoklah EVANGELIS Star MENGAGUNGKAN kemenangan puak Islam/Melayu LIBERAL - dan si JAGUH liberal BONGKAK pula, menuduh seolah yg. mencabarnya, sebagai berhaluan kanan" (right wing")- seolah pelampau 'rasis'lah tu! Jadi apakah maksud si liberal ini, seolah kalau memperjuangkan agenda Islam/umatnya termasuk hak BUMIPUTERA Islam/Melayu dgn. amat TEGAS; adalah puak "pelampau"?! Jgnlah angkuh sgt. dgn. kemenanganmu, hai puak liberal UMNO - kami akan terus berdoa kpd. ALLAH SWT melindungi pejuang Islam/Melayu TULENNYA dan menyelamatkan Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kami ini serta umat Islam/Melayunya (terutamanya anak-anak kami), dr. sebelum dijajah si LIBERAL BRITISH-ZIONIS laknat lagi!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/13/Umno-polls-khairy-liberal.aspx, Umno polls: Liberal, progressive agenda has prevailed, says Khairy , by rahimy rahim AND rashvinjeet s.bedi , October 13, 2013:

    KUALA LUMPUR: Re-elected Umno youth chief Khairy Jamaluddin said his progressive and liberal agenda has been endorsed by the grassroots.

    He said that if the grassroots did not accept the agenda tha he brought along, it would be reflected in the results, pointing out that his opponents used a regressive agenda.

    "If I wanted to win comfortably, I could have used a right-wing formula. I wanted to show that you can be a progressive and win in Umno," he said during a press conference at PWTC.

    He added that the progressive agenda had to start with the youth who would one day bring the party forward.....

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. a crocdile story

    http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888

    ReplyDelete