Selepas perompak dan pembunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Loade Ardina Loade Rasila berjaya diberkas kini seorang lagi rakannya, Joemar Omar sedang dicari polis.
Seperti Loade Ardina yang mempunyai akaun Facebook, akaun laman sosial Joemar juga berjaya dibongkar.
Namun mungkin menyedari Facebook miliknya sudah diketahui ramai, akaun ini ditutup sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi akaun Facebook dipercayai turut dimiliki penjenayah yang masih menyimpan wang rompakan RM428,200 ini.
Menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino, gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun ini saling tak tumpah dan hampir pasti memang Joemar.
Tapi kalaulah benar, maka pihak berkuasa negara perlu melakukan sesuatu kerana daripada status yang dimuatnaik, Joemar membayangkan dia kini sudah berada di Dumai, Indonesia sejak 27 Oktober lalu.
Dan setelah berhenti memuatnaik status sejak tarikh berkenaan, dia nampaknya selamba memuatnaik satu status pagi semalam!
Apakah ini ada kena mengena dengan tindakannya menghentikan akaun lagi satu? Maklumlah orang kalau dah biasa ber-Facebook memang susah untuk meninggalkannya.
Sama ada Joemar atau siapa pun namanya, diharapkan dia akan segera diberkas bagi mendapatkan keadilan atas jenayah yang telah dilakukan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment