Wednesday, 27 November 2013

Panas!!! Pasangan Kahwin Muda Umur 13 Tahun Cerai Talak Tiga???


Masih ingatkah korang dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?

Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.

Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.

Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka.

Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat.

Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kita dikejutkan apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.


Lebih dahsyat lagi, ia bukanlah cerai talak satu, tetapi talak tiga! Aduhai, mengapalah sampai begitu sekali lafaznya.

Perceraian yang kurang seminggu dari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama itu masih tidak diketahui puncanya, memetik laporan Harian Metro.

Menurut Saad, dia menerima dengan redha kenyataan itu dan menganggap jodoh anaknya sampai di situ sahaja.

Nor Fazira juga dilaporkan tidak banyak bercakap mengenai perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Sementara itu, keluarga Mohd Fahmi dikatakan belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Kami yakin dengan terjadinya perkara ini, maka ramailah yang akan melontarkan pendapat masing-masing melalui laman sosial selepas ini.

Mungkin itulah relevannya undang-undang Malaysia menetapkan umur minimum 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki Islam mendirikan rumahtangga kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Ramai yang menjadikan 'elak zina' sebagai alasan untuk berkahwin awal dan sememangnya ia tidak dapat disangkal kebenarannya.

Namun, pada masa yang sama ramai yang terlupa perkahwinan bukan semata-mata memenuhi gelojak hawa nafsu, tetapi ia merangkumi pelbagai lagi tanggungjawab lain yang cukup berat.


Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka selepas ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













2 comments:

  1. Mudahnya lelaki melafazkan talak..

    ReplyDelete
  2. Orang umur 12 tahun cerai dianggap belum matang, tapi orang umur 40 tahun cerai dianggap matang?

    ReplyDelete