Thursday, 21 November 2013

Panas!!! Zed Zaidi Bukan Lagi Presiden Seniman??? @RozaidiJamil


KHABAR mengenai pembatalan serta-merta jawatan Zed Zaidi sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ini kami kira cukup mengejutkan.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu sebagai tidak sah dan terbatal, memetik laporan sebuah akhbar.

Ia sekaligus menyebabkan Zed Zaidi bukan lagi presiden persatuan itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan mesyuarat agung itu diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari sekarang dan ia akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Keputusan itu merupakan susulan saman yang telah difailakn pada 25 Januari lalu oleh plaintif Abu Bakar, S. Sahlan, Linda Buang, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani yang menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.

Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) pula disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan dan mereka diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.

Setakat ini belum ada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi berhubung perkara itu.

Apapun, kami harapkan agar semua pihak di luar sana dapat bersabar dan menerima keputusan ini dengan rasional tanpa perlu emosional. -MyNewsHub-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment