Wednesday, 20 November 2013

Puaka Niring : Remaja Didakwa Hilang Di Villa Nabila Ditemui Menyorok Di Rumah Teman Wanita!!!


Remaja yang dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke kawasan rumah banglo tinggal, Villa Nabila di Danga Bay ditemui malam tadi dipercayai menyorok di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara.

Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato' Onn untuk direkod kenyataan.

Mengapa remaja itu bertindak demikian tidak diketahui tetapi pihak polis dijangka akan membuat sidang akhbar berkaitan perkara tersebut.

Berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas tersebarnya kisah bahawa 30 orang remaja masuk ke Villa Nabila namun hanya 7 yang berjaya keluar dan 23 lagi hilang.

Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga berkenaan, polis telah mengadakan gerakan mencari di sekitar kawasan villa itu dan kejadian itu menarik perhatian masyarakat seluruh negara serta menjadi tajuk sensasi di media sosial.

Villa Nabila disenaraikan oleh sebuah laman web pelancongan Amerika Syarikat Expedia sebagai antara lima tempat paling berhantu di Malaysia.


Hasil maklumat, lokasi banglo berkenaan pada pukul 8.30 malam tadi menunjukkan jalan di hadapan banglo berkenaan sesak dengan kenderaan yang ingin melihat dengan lebih dekat keadaan banglo yang didakwa berpuaka itu.

Deretan kereta diletakkan di bahu jalan begitu panjang sehingga ramai yang sanggup berjalan kaki untuk sampai ke pintu masuk Villa Nabila.

Pada sebelah petang, pihak polis difahamkan telah menutup laluan untuk ke banglo kosong itu tetapi pada waktu malam tadi, orang ramai dilihat boleh berjalan kaki naik dan meninjau ke dalam kawasan Villa Nabila.

Ada yang berani meninjau sehingga ke bahagian belakang rumah yang besar itu dengan menggunakan lampu suluh dari telefon bimbit mereka untuk menyuluh laluan kerana keadaan di sekitar rumah berkenaan begitu gelap.

Tidak kurang juga mereka yang datang sekeluarga dengan anak-anak semata-mata hendak melihat keadaan Villa Nabila yang penuh dengan cerita.

Suasana di dalam rumah tinggal berkenaan meriah dengan cahaya daripada telefon pintar mereka yang menyuluh laluan dan ada yang sanggup mengambil risiko menaiki tangga di dalam Villa Nabila yang sudah reput tanpa menyedari bahaya jika tangga berkenaan runtuh.

Menjelang tengah malam, dua kereta peronda polis dihantar bagi memastikan keadaan itu kembali tenang selepas semakin ramai orang membanjiri rumah banglo tinggal itu.


Beberapa pokok besar yang tumbuh dalam kawasan rumah dengan akar yang mencengkam membuktikan sudah terlalu lama rumah agam itu ditinggalkan tidak berpenghuni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











2 comments:

  1. kulaan,izin saya
    Tahniah kapada Ah jib gor Gong, bapak liberal,terbukaan
    1M4U,transformaci,inclusive ,engage,blue ocean strateji.kelainan,bapak sekolah vernakular;atas kejayaan `membena prasarana teguh teras transformaci budaya warga belia Melayu.
    Dengan sokongan padu KJ,yang gemar campurtangan tak tentu
    hala menonjol diri selaku shoot from the mouth loose cannon dalam semua sukan dan belia .
    Sokong rapi dari Saifudin kepala bapak moderation new politikus dan Wan Ju
    bapak IDEAS liberal wanis yang kaut manafaat dari NEP kacang lupa kan
    kulit.
    Prasarana budaya barat liberal dan moderate yang di bawa olih Ajib gor
    gong KJ Saifudin Wan Ju mencetus kesah kesah yang papar olih alam
    maya TV dan media sosial mengahairahkan Melayu yang mudah sangat lupa pedoman
    ,lupa daratan.Prasarana ini di terajui olih AJib, mengakibatkan series expose
    dan dokumentari/drama seram telah memberi publiti meluas kapada Nabilla.
    Kaum Facebook Melayu mengambil sempatan serta merta untuk memviralkan dan meransangkan netizens sehingga melayu yang mudah,terlalu amat mudah ,hilang common sense dan akhlak sehingga menjadi teraalu amat GULLIIBLE. Maklumlah 550,400 orang belia mengambil kesempatan mengguna SUBSIDI RM200 beli smatfone/gajet.
    Dengan gajet ini lah belia Melayu di permudahkan lagi menjadi gullible dan
    belia Malaysia jadi bodoh piang,tak mau/tak ingin guna teknoloji google untuk
    siasat berita angin dan khabar angain,kerana kapada belia bodoh, Fasbuk ada lah kesemua nya,; masak telur goring pun update FB.pelik nya Peminat komen telor goring. Banyak masa belia melayu .
    Hebat betul belia malaysia berbekal , gajet,Fasbuk dan mak we 16 tahun usia EEzat Nabilla Dangar bay ,lupa nak call Mak sendiri...…tiba tiba jadi bodoh,ta tau guna FB gajet pulak.
    Setaraf dengan kaum1M perangai dan sifat orang yang
    tiada common sense ini dan tiada pedoman hidup dan jati diri maruah masih lagi mempercayai karut marut berita angin khabar angin,tanpa siasat.
    Maka ratusa ,ribuan orang johor hinggar pinggar ke danga bay ....banyak masa belia kita....

    Tahniah ajib gor gong kerana melahir kan satu genarasi kumpulan 1Malaysia
    yang mudah sangat di perdaya kan olih unsur unsur impot asing saperti pemain impot,coach impot,expatriate impot,white rajah resort laut sabah impot,chef impot sehingga kebanjiran warga asing di Malaysia,seramai 3.5 juta,masih lagi di beri galakkan resmi kerajaan ah Jib gor , dengan perjanjiian g 2 g dengan Bangladesh nak masuk 100,000 bangladesh yang kaki tipu dokumen perjalanan.,
    Ajib amat gemar dan suka benar memuji diri sendiri nya di kaca TV sendiri
    tanpa kekahaziran PM/Presiden/ketua Negara yang konon nya memuji Malaysia
    Kedegilan Ajib termashur.
    Beliau sendiri melapurkan sudah belanjakan 200 juta rm wang rakyat kapada
    CON-Sultan asing Amerika.
    Penyakit Ajib adalah ENDLESS POSSIBILITIES yaani aka lepas
    tangan ,.kerana EP tiada penghujung.
    Ajib mengambil iktibar dari mentor nya Xi Ying Ping dengan
    “Chinese dream” aka Najib punya Endless Possibilities.
    Dan Xi juga dengan pautan “the great rejuvenation of the Chinese
    rejuvenation” aka ajib punya transformaci 1M.
    Tapi Xi punya cara untuk mengurang deficit belanawan dengan “crackdown on
    lavish events dan extravagant official banquets “ tidak di sambut meriah amali
    kerajaan, olih ajib Gor ,malah tiada apa langkah atau dasar untuk kurang kan fiscal defisit, hanya ucapan murah murahan kurang subsidy yang mengalakan inflasi yang susah, ya amat susah, bagi ajib gor dan rejim ,untuk merasai apa itu inflasi, kerana sudah hampr 38 tahun ,kerajaan dan rejim rejim tidak pernah mengikat pinggang sendirii.
    Tahniah pelawat pelawat melayu, pelakon pelakon lawatan bangunan bangunan usang saperti villa danga bay...
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete