Nama Mohd Izzat Izzudin Hussin menjadi popular secara tiba-tiba apabila tersebar khabar bahawa dia telah hilang dan mungkin disorokkan makhluk halus selepas memasuki sebuah rumah tinggal dikatakan berhantu dinamakan Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru pada 16 November lalu.
Khabar itu begitu kuat tiupannya sehingga ia trending di media sosial dan media konvensional juga tidak ketinggalan melaporkannya.
Polis bertindak serius dalam isu itu sehingga menjalankan gerakan dengan bantuan anjing pengesan di sekitar kawasan Villa Nabila.
Begitu kuat impak kisah Mohd Izzat, sehingga Ketua Polis Johor (CPO), Datuk Mokhtar Md Shariff sendiri mengadakan sidang media untuk mengesahkan penemuannya beberapa hari selepas dia hilang.
Akhirnya diketahui bahawa Izzat tidak hilang dalam Villa Nabila… dia berada di rumah rakannya selama mana polis sibuk mencarinya dan orang ramai gempar bercerita mengenainya… khabarnya dia pun tahu mengenai usaha mencari 'dirinya yang hilang itu' melalui televisyen.
Disebabkan itu… banyak pihak tampil marah dengan Izzat… "Budak ni layak bagi penampor aje" …"Sampai jem jalan pasal budak ni…dia sibuk duduk rumah girlfriend dia lak…" dan macam-macam lagi.
Tidak kurang juga wujudnya parodi dan poster mempersendakan Izzat dan kejadian itu dengan antaranya hantu Villa Nabila mahu menyaman pihak-pihak tertentu.
Yelah… kalau kita melihat Izzat sebagai remaja normal yang nakal dan hanya mahukan publisiti… pastinya ramai juga yang mahu bukan sekadar penampar…mungkin lebih lagi hendak diberikan kepada remaja itu.
Namun hakikatnya, Izzat yang masuk ke Villa Nabila bersama rakan-rakanya kerana ingin meninjau kejadian mistik sebenarnya adalah seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai permasalahan perlahan belajar (slow learner).
Ia diakui sendiri oleh ibu dan bapa remaja itu ketika ditemui Mynewshub.my di rumah mereka di Kampung Dato Hajah Hasnah, Majidee di Johor Bahru, Rabu lepas.
Bapa Mohd Izzat, Hussin Md Tap, 61 tahun, sedih apabila anaknya dituduh penyebab kekecohan seluruh negara kerana berita kononnya 23 orang hilang selepas masuk ke Villa Nabila padahal hanya Mohd Izzat yang hilang.
"Dia OKU slow-learner (lambat belajar).. Dia jenis tidak pandai sangat membaca.. Dia mudah terikut-ikut cakap orang.. Dia tidak begitu pintar dan cerdik nak pergi ke sana (Villa Nabila) sendiri.. tak ada.. Dia terikut-ikut dengan apa yang orang bawak dia," kata Hussin dalam nada yang pilu kepada Mynewshub.my.
Menurut beliau, kejadian yang berlaku Sabtu lepas ialah yang pertama kali terjadi sejak Izzat lahir ke dunia ini.
"Tempat-tempat seperti ini dia tidak pernah pulak pergi.. Tak pernah terjadi dalam masa 16 tahun umur dia.. Ini kali pertama saya mengetahui perkara sebegini.. tidak pernah," katanya.
Hussin turut meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti daripada menuduh bukan-bukan ke atas Izzat kerana dia hanya hilang dan bukan dia yang menyebabkan kekecohan di seluruh negara.
"Orang yang menyebarkan di internet tu, janganlah sebarkan perkara yang buruk.. carilah perkara yang elok untuk kebaikan keluarga saya.. disebabkan kejadian ini keluarga saya cukup malu.
"Saya sekarang sudah tak boleh nak keluar rumah sangat.. Ada orang bertanya pula tentang masalah-masalah ini.. Itu yang saya tak mau.. Janganlah isu ini dipanjangkan lagi dengan yang buruk ditambah-tambah," katanya.
Ketika anda menonton temubual bapanya, perhatikan seorang remaja berbaju biru yang sesekali tersenyum, itu ialah adik Mohd Izzat yang juga OKU. Akalnya masih ditahap umur 3 tahun biarpun usianya sudah mencecah 15 tahun.
Ketika ditanya perasaannya ketika anaknya Mohd Izzat kehilangan, Hussin jelas sedih dan bimbang kerana anaknya dikhuatiri keseorangan.
"Masa kehilangan Izzat tu, saya risau.. Saya merenung jauh.. Ke mana dia pergi dan apalah yang dia makan.. dengan tak ada wang ringgit.. ," katanya.
Mohd Izzat adalah anak ketiga daripada tujuh adik beradik dan dua orang termasuk Izzat adalah anak OKU. Mereka sekeluarga tinggal dalam sebuah rumah kampung yang kecil.
Tidak ada kemewahan dalam hidupnya sejak lahir dan akalnya juga tidaklah sempurna… maka kita harus faham di sini… memang Izzat hilang… dan dia kemudian berada di rumah rakannya… namun dia bukan budak yang normal seperti anda atau anak anda… justeru untuk berlaku kejadian seperti dalam kes Villa Nabila itu… adalah satu keadaan di mana kita harus berusaha memahaminya…. situasi yang memang boleh berlaku.
Rasanya, Datuk Mokhtar Md Shariff tahu mengenai keadaan Izzat sebab itu beliau tidak sedikit pun marah atau sinis bila membuat pengumuman mengenai penemuan remaja itu. Penulis mengenali beliau ketika menjadi pemangku CPO Pahang… memang beliau pegawai yang mesra dan berjiwa kebapaan.
Pendekatan beliau sendiri dalam isu itu adalah contoh yang baik.
Jadi, anda di luar sana janganlah mudah sangat menuduh Izzat penyebab segala kekecohan kerana ada orang lain yang cuba mendapat perhatian dengan menjadikan cerita kehilangan di Villa Nabila itu sensasi.
Penulis yang datang ke rumah keluarga itu begitu terharu dengan keadaan adiknya yang ceria dan mahu bertegur sapa dengan penulis biarpun keadaannya begitu dan kelakuannya amat baik serta sopan.
Janganlah, jadi bodoh dengan menuduh orang sebarangan kerana ketika ini bukan keluarga kita yang kena, bolehlah kita sesuka hati menyalahkan mereka yang menjadi penyebab kebodohan kita sendiri yang mahu mempercayai kisah tahyul membabi buta.
Kita percaya kisah tahyul, kisah tu jadi tidak betul.. Izzat dipersalahkan sedangkan dia hanya mangsa yang hilang.
Satu lagi, menurut ibunya Norhayati Mohamad gadis yang ditemui bersama Izzat bukanlah teman wanitanya seperti didakwa ramai orang di internet dan blogger lain.
"Flat dekat Bukit Mutiara tu (tempat Izzat ditemui) bukan rumah budak perempuan itu, rumah budak perempuan itu kat tempat lain, itu rumah kawan Izzat," katanya. – mynewshub.my
Oleh : TEAM MYNEWSHUB.MY
Kalau betul budak ini dan adik nya OKU, apa lagi Pej. Kebajikan tunggu ! Turun dan bantu kerana hak pihak Kerajaan mesti di beri kepada mereka, sehingga budak-budak ini boleh keluar dari kemelut keluarga yang mungkin juga kurang upaya.
ReplyDeleteHidayah kepada yang terlepas pandang. Ramai lagi di luar sana yang perlu di cari.
Kalah Oku kenapa biar dia keluar tgk midnight, pelik. Zaman aku dulu takde nak dilepas balik lewat2. Paling lewat pun kul 10 lbh sbb balik tuition , kalau melepak mmg berbirat kena rotan la.
ReplyDelete