Friday, 15 November 2013

Taukeh Nasi Ganja Vanggey Ipoh Berang Isu Najis Dalam Peti Sejuk Dijadikan Pelaris!!!


Kerana popularnya restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; berita penutupan restoran tersebut yang menggunakan nama Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah sejak dua hari lepas sekejap saja sudah diketahui umum.

Restoran tersebut diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 28 November kerana didapati kotor setelah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta datang menjalankan pemeriksaan kesihatan di premis tersebut.

Penutupan ini sudah tentu memeningkan kepala taukeh Nasi Ganja.

Tapi belum habis pening, timbul satu lagi isu yang membuatkan taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom naik berang apabila seseorang mengepos di Facebook mendakwa punca penutupan disebabkan pemeriksa kesihatan menemui najis dalam peti sejuk restoran.

Dakwa pihak yang memuatnaik status, najis itu dipercayai digunakan untuk disalut pada periuk bagi dijadikan pelaris atau penunduk hingga membuatkan ramai pelanggan mengunjungi Nasi Ganja setiap hari.


Hal ini menurut taukeh Nasi Ganja, telah memberikan reputasi buruk sekaligus memberi kesan pada perniagaannya.

Tak dapat dinafikan, isu najis memang boleh memberikan impak besar pada perniagaan makanan sebab ia terlalu menjijikkan.

Bagaimanapun dari satu segi lain, taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom harus menerima hakikat bahawa premisnya mempunyai masalah kebersihan yang perlu diselesaikan segera sebelum ia memberi kesan pada pelanggannya yang ramai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. mungkin betul la pasal kebersihan tu...dah berak tak basuh betul2 hingga bersih..pastu pegang periuk..nah...melekat la najis..hehehe

    ReplyDelete
  2. Siapa yang kena ....? melayu jugak ! he...he... di Selangor /WP banyak tempat makan popular jadi rutin penggemar. Pihak beranggungjawab kena selalu tengok gak lah....

    ReplyDelete