Pelbagai cerita mewarnai corat-coret Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang sedang berlangsung sekarang sehingga sabtu ini. Pelbagai isu diperbualkan oleh perwakilan dari cerita isu-isu yang dibawa pembahas, cerita banjir di Pantai Timur, cerita pemimpin UMNO yang menghadiri persidangan tetapi terpaksa pulang awal kerana kawasan masing-masing ditenggelami banjir.
Tetapi bagi pengamal media sosial terutama dikalangan blogger-blogger Pro UMNO dan Pro BN isu yang paling panas sehari dua ini adalah HashTag #LifeStyle. Ini adalah gara-gara kenyataan Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdillah yang lebih mesra dikenali sebagai Ibdil LifeStyle Insta.
Beberapa kenyataan beliau sewaktu ditemuramah blogger sukarelawan ini dikatakan kurang disenangi oleh beberapa blogger Pro BN kerana keolah-olah menghina sumbangan dan hasil usaha mereka memerangi tohmahan dan serangan cytro pembangkang. Ini antara intipati wawancara tersebut :
"Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB"
"Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB"
"Kita akan buat applikasi untuk telefon pintar. Kita lihat rakyat perlu aplikasi untuk mudahkan mereka berinteraksi dengan kerajaan - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB"
"Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB"
"Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar - Ibdillah Ishak, Pengerusi BMB"
"Kita akan perluaskan media maya, INSTAGRAM, twitter merupakan saluran untuk kita menyebarkan maklumat. Dan kita harap selepas ini, pengamal media maya tidak sibuk berpolitik sangat. Kita kena tunjuk pada rakyat, UMNO bekerja. Sebab kalau pembangkang hentam pun, rakyat akan tak endah sebab kerajaan buat kerja - Ibdillah Ishak"
"Dia akan mula jawatankuasa sukarelawan BMB January nanti
p/s : terlajak perahu boleh diundur... terlajak ber"lifestyle" buruk padahnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment