Monday 16 December 2013

Jangan Baca!!! Vietnam Saji Kebab Daging Tikus!!!


Sajian daging tikus kini dianggap menu istimewa bukan sahaja bagi penduduk di Dan Phoung, Vietnam malah sajian itu kini amat digilai oleh sebahagian besar penduduk di negara selatan Asia.

Menurut laporan, daging tikus ini biasanya panggang atau dibuat kebab untuk dimakan dengan roti.

Hidangan daging tikus ini merupakan makanan tradisi penduduk di Red River dan Sungai Mekong.

Pada bulan ini, selain daripada sibuk menuai padi, golongan petani dikatakan mula beralih kepada kegiatan memburu tikus untuk dijual di pasaran.

Kawasan paling ramai melakukan aktiviti ini adalah di Sungai Mekong di mana ribuan tikus dikatakan melarikan diri ketika musim banjir.

Difahamkan, daging tikus dijual pada harga 100,000 dong (RM15) sekilo. – Daily Mail

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment