Tuesday, 10 December 2013

Kehadiran "TokYeh" Mengharukan Mangsa Banjir Penduduk Kg. Isap Kuantan??? @idrisjusoh @TengkuZaihan @MukhrizFuad











Kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan (IPT) yang juga Ahli Parlimen Jerteh, Datuk Seri Idris Jusuh yang mesra dengan panggilan Tok Yeh ke kawasan bencana banjir besar di Kg Sg. Isap Kuantan pagi tadi sedikit sebanyak mengubat kedukaan penduduk kampung yang terlibat dengan banjir besar baru-baru ini.

Walaupun banjir kawasan kampung ini telah surut sepenuhnya tapi kesan kerosakan yang dialami penduduk sangat menberi kesan lantaran masih terdapat penduduk kampung yang kekurangan bekalan makanan dan keperluan asas.

Lantas kehadiran Tok Yeh dengan membawa bekalan yang diperlukan amatlah dinanti-nantikan dan dihargai penduduk. Tok Yeh yang diiringi oleh Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Datin bersama dengan sukarelawan YSS turut sama membantu mengagihkan barangan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment