Sunday, 8 December 2013

Mesti Baca!!! UMNO Tidak Kebal…Jika Tidak Berubah, Boleh Kecundang!!! @NajibRazak

"Kita tidak kebal… sama seperti parti LDP (Jepun), Kongres (India) dan Golkar (Indonesia), sekiranya kita tidak berubah kepada landskap politik sekarang, maka kita akan kecundang," kata Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO itu berkata, hanya parti yang sanggup berubah akan terus memerintah dan menerajui tampuk kepemimpinan negara.

"Ayat 'business as usual' tak boleh dipakai sekarang sebab suasana sudah berubah landskap politiknya juga berbeza, kerana itu jika tak faham politik baru, kita akan kecundang," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, semalam.

"Kita tidak kebal… sama seperti parti LDP (Jepun), Kongres (India) dan Golkar (Indonesia)," kata Najib.

Beliau berkata, perkara itu antara tiga aspek penting yang disentuh perwakilan ketika berbahas selain mendaulatkan Islam dan terus memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera.

Katanya, UMNO mesti membetulkan segala kesilapan lalu dengan segera kerana jika bertangguh akan mengakibatkan kesan besar yang negatif kepada parti.

Menurutnya, perubahan itu dituntut demi kelangsungan masa depan dan UMNO tidak mahu lagi dibuai kegemilangan lalu.

"Kita cuba betulkan sebelum terlambat, jangan sudah dekat PRU-14 baru kita terkial-kial nak buat kerja," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Perlembagaan UMNO akan dipinda bagi mengubah Fasal 33 dengan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan umat.

"Untuk itu Perhimpunan Agung Khas untuk meminda perlembagaan akan diadakan tahun depan," katanya.

Berkaitan Indeks Prestasi Utama (KPI) pemimpin parti, beliau berkata, semua perkara berkaitan perjalanan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan ada termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sudah tiba masanya kita kuatkuasakan dan Majlis Tertinggi akan menentukan kaedahnya selepas ini," katanya. Harian Metro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment