Saturday, 26 January 2013

Gua Sokong Kita Tukar Kerajaan!!!!!!....


Hari ni gua nak buat pengakuan... Sebenarnya gua setuju rakyat kena bangkit..

Gua setuju kita tolak kerajaan yg ada.. Gua dah makin sedar.. Makin lama makin menyampah gua dengan kerajaan..

Betol la ramai cakap.. Kerajaan rasuah.. Penipu.. Makan duit rakyat.. Janji langsung tak ditepati..

Mana duit yang dijanjikan untuk ibu tunggal, RM1K untuk masok universiti, RM50 untuk budak tadika... Mana pendidikan percuma... Mana air percuma...

Hanya rebat RM11 dikata percuma, rumah flat pun tak dapat rebat tersebut... Arak di Shah Alam dijual berleluasa... Mana janji "hari ni menang esok tutup kilang arak"... Kata tak dari arak tu haram... Cakap tak serupa bikin...

Penipu... Ramai yang tak tau... Gua memang pembangkang... ye!!.. Gua memang pembangkang di Selangor... Jom kita jatuhkan kerajaan Selangor...

*ShahAlamRebels...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Panas] Pengerusi Caw DAP Dedah DAP Amal Kuku Besi???...


Seorang pengerusi Democratic Action Party (DAP) cawangan di Negeri Sembilan membidas barisan kepimpinan DAP kerana mengamalkan pemerintahan kuku besi atau autokratik.

Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis mendakwa, corak pemerintahan pemimpin utama DAP itu boleh dilihat melalui keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya iaitu masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.

Richard berkata, DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti kerana DAP seringkali berkata mengenai soal `bersih' di luar gelanggang sedangkan rumah sendiri kotor.

Justeru, beliau yang telah lama berada dalam DAP meminta supaya pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

Sehubungan itu juga beliau membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung perkara itu selepas mendapat persetujuan dengan ahli DAP yang bersetuju dengan tindakan tersebut.

Laporan kepada ROS adalah kemahuan ahli akar umbi dan ahli sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti berikutan tindakannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Koo Ham Mengaku Tidak Pernah Terlibat Rasuah???...


“Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Itu respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan.

Katanya, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali kerana dirinya memegang prinsip untuk tidak memberi mahu pun menerima rasuah sejak remaja lagi.

Malah menurut Pengerusi DAP negeri itu, pengalamannya sebagai pemimpin bagi sebuah gereja Methodist tidak lama dahulu telah membantu mendisiplinkan dirinya dalam isu berkenaan.

“Saya telah memegang prinsip untuk tidak memberi atau menerima rasuah sejak zaman remaja lagi.

“Malah, guru penasihat saya di gereja berkenaan juga terpaksa menduduki ujian memandu sebanyak tujuh kali semata-mata tidak mahu terlibat dalam gejala rasuah yang berleluasa pada ketika itu.

“Dengan berpandukan prinsip inilah saya dapat menikmati hidup yang selesa dan diberkati Tuhan sehingga ke hari ini,” katanya pada sidang media bagi menjawab dakwaan Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengenai isu berkenaan.

Friday, 25 January 2013

Sudah Tiba Masanya Pas Keluar Pakatan???...


Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) menyelar sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat semakin angkuh kerana mempertahankan pendirian pembangkang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Penyelarasnya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dalam nada tegas berkata, tindakan Anwar itu memperlihatkan pembangkang langsung tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas sekali gus 'merobek' maruah parti itu dan umat Islam di negara ini.

Katanya, ketetapan Anwar itu juga jelas menunjukkan sudah sampai masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang.

"Sebelum ini Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas dan kali ini Anwar pula. Jadi sudah tidak ada sebab untuk Pas kekal bersama pembangkang yang langsung tidak menghormati pendirian dan maruah parti itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 24 January 2013

Sedap Aje Sohai DAP Duk Maki Hamun Tun M!!!...











Print screen di atas adalah dari sebuah fan page pro DAP yang tidak habis-habis mengutuk dan menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang menyakitkan hati adalah sikap yang memandang rendah kepada bangsa mamak. Cara mereka meletakan ayat itu semacam mereka itu hebat sangat la kononnya.

Mungkin mereka tidak sedar, pemakan babi tegar pun bukanlah mulia sangat di mata orang lain.

Kang kalo gua maki hamun bangsa cha ya nun alif nanti kata aku rasis.

Mana cai2 Pas nie, takkan nak tengok jer. Habis orang dalam Pas takda mamak ker. Semua totok melayu ker.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Ahli Pas Bantah Karpal Singh???...


Sekumpulan ahli Pas telah mengadakan demonstrasi membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin itu berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall.

Mohamed Hafiz berkata, kenyataan Karpal yang mahukan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian itu merupakan tindakan biadab serta cuba mencampuri urusan agama Islam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Padan Muka Kerajaan PKR Selangor Kena Saman Dengan Ibu Tunggal...


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan perkara itu selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.

Pada 22 Nov tahun lepas, sebanyak 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008. – BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 23 January 2013

Budaya Lesbian Menular Di Sekolah???...


Seorang pembaca Mynewshub memberikan gambar di atas.

Ia bukan milik pembaca berkenaan tetapi salah seorang rakannya.

Semua yang berada itu memakai pakaian sekolah.

Bertudung

Ada seorang pelajar lelaki lagi…

Kelihatan dua pelajar wanita merapatkan mulut seolah-olah mahu bercium…

Persoalannya…Apa yang sedang berlaku ni?

Apakah ini eksperimen untuk menjadi LGBT?

Tulah…sokong lagi kumpulan-kumpulan pejuang LGBT…tengok apa yang sedang menular….I Am Bigger now…

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalimah Allah: Anwar Mahu – PAS Tidak???...


PADA mesyuarat Majlis Syura PAS 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sayap tertinggi dalam parti berkenaan yang dianggotai 15 ahli, berpendapat menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.

Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu Pejabat PAS yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan"

Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat hampir dua jam berakhir 11 malam itu, Nik Aziz dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan," kata kenyataan berkenaan.

Mesyuarat terbabit dipercayai diadakan berikutan perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu berkenaan.

Pada 2010, PAS bersetuju bahawa Islam tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat ia tidak disalah guna.

Najib PM Malaysia Pertama Masuk Ke Palestin... @NajibRazak


Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Gaza untuk lawatan kemanusiaan bersejarah ke Palestin.

Mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama melawat kawasan yang diduduki pengganas, lawatan itu merupakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja selama tiga Najib ke Kaherah, Mesir serta Gaza, yang berjiran dengan Palestin.

Melalui perjalanan darat dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir dekat sempadan Gaza, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui sempadan melintasi Rafah dan memasuki bilik menunggu sementara menunggu pasport mereka untuk pemeriksaan.

Najib dan isteri memasuki Gaza selepas pemeriksaan pasport dan berjumpa dengan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh.

Najib disambut dalam satu majlis rasmi yang mengalu-alukan kedatangan mereka.

Perdana Menteri kemudiannya menuju ke bandar Gaza, yang mengambil masa 40 minit dengan menaiki kereta.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 22 January 2013

Tun Siti Hasmah Bertudung Litup Kini???...


Sekeping gambar yang siarkan fanpage "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad" (http://www.facebook.com/ILOVETUNM) memperlihatkan keadaan terkini pasangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Apa yang menarik perhatian para pengunjung fanpage berkenaan ialah penampilan Dr Siti Hasmah yang kini kelihatan bertudung penuh.

Antara komen itu ialah;

- Alhamdulillah, gembira dengan perubahan datin.. Semoga berbahagia selamanya

- dah pakai tudung ? yay !

- Tun dm ngn bini dye ke tu?? laen la bini die pakai tudung..pape pon alhamdulillah dan terbaekkkk…. .

- mudah2an Tun Siti Hasmah kekal bertudung.. insyaallah

Itu adalah antara sebahagian komen yang diberikan para pengunjung.

Secara umum, semua mereka mendoakan yang terbaik untuk pasangan romantik berkenaan.

Semoga Tun Mahathir dan isteri sihat sentiasa dan dirahmati Allh SWT…Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 21 January 2013

Gadis Akan Bersetubuh Jika Dapat 1 Juta ‘Like’???...


Seorang lelaki dari Norway telah menyahut cabaran teman wanitanya semata-mata mahukan wanita itu mengadakan hubungan seks dengannya.

Wanita berkenaan berjanji akan bersetubuh dengan teman lelakinya jika gambar mereka mendapat 1 juta 'like' di Facebook.

Cabaran itu berakhir selepas hanya 18 jam dimana butang 'like' di Facebook telah ditekan sehingga nilai 1 juta kali!

Gambar yang perlu di 'like' itu memaparkan gambar teman lelakinya memegang kertas bewarna kuning dengan tulisan 'Cathrine says that if I can get 1 million 'likes' she will have sex with me. Please share and like".

Macam-macamlah… Jangan Malaysia menjadi ikutan sudahlah ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerajaan Pas Kelantan Goyang Dengan Janji PM... @Mustapa_Mohamed


Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Kelantan semalam adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata janji itu yang bakal dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan.

"Ini juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang itu tidak benar," katanya.

Tok Pa memberi pandangan selepas melawat jurugambar Bernama, Zahari Abdul Razak, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, apabila mengadu sakit pada bahagian perut dan pinggang selepas selesai membuat liputan lawatan kerja sehari PM.

Tok Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kesemua perkara yang dijanjikan PM itu adalah suatu yang sangat dinantikan masyarakat Kelantan selama ini.

Tujuh projek itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 20 January 2013

Biar Betul Lelaki Cuba Rasa Sakit Bersalin???


BELANDA – Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat "Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit," .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti'.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What's Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar...


**Bahan di bawah dikarang oleh salah seorang wartawan Mynewsub yang merupakan bekas pelajar UiTM Lendu, Melaka.

Tidak sangka nama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Lendu, Melaka tiba-tiba menjadi popular bukan sebab kisah pelajanya mencipta rekod bersejarah atau sebagainya, tetapi kisah hantu!

Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas sejak malam tadi apabila terus trending di Twitter.

Terus terang penulis katakan, kejadian pelajar dirasuk, histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia bukan cerita dongeng.

Penulis yang pernah menuntut di sana selama tiga tahun turut pernah berhadapan dengan situasi begini, tetapi bukan penulis dirasuk sebaliknya kawan terdekat.

Sepanjang belajar di sana, hampir dua atau tiga bulan sekali ada saja pelajar yang akan terkena penyakit rasuk ini.

Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.