Saturday, 25 May 2013

Panas!!! Bukti Kerajaan BN Sekarang Lebih Islam Daripada Pakatan Rakyat!!! #FBP13 @PortalSGB


Sapa kata kerajaan BN sekarang tak Islam berbanding dengan Pakatan Rakyat terutama Pas yang kononnya Islam sangat la. Pakatan lagi teruk Islam dia yang hanya menggunakan Islam sebagai modal politik kotor. Pas lagi teruk bertopengkan Islam demi kemaruk kuasa politik.

Ini buktinya. Kerajaan BN yang telah diberi mandat semula oleh rakyat selepas PRU13 baru-baru ini melalui Kementerian Belia dan Sukan telah mengeluarkan pekeliling berserta jadual waktu masuk waktu solat kepada semua penganjur dan event management yang terlibat agar memberhentikan semua aktiviti dan PA Sistem serta sistem bunyi hendaklah ditutup ketika masuk waktu solat.

Arahan tersebut terpakai selama berlangsungnya Festival Belia Putrajaya 2013 yang bermula 23 hingga 26 Mei 2013 iaitu selama 4 hari 3 malam. Malah, dalam mesyuarat pelarasan bersama pihak penganjur dan pihak berkaitan Kementerian Belia dan Sukan telah menekankan soal arahan ini yang perlu dipatuhi.

Apa ini bukan sebahagian daripada ajaran Islam menghormati masuk waktu solat dengan memberhentikan aktiviti yang dilakukan.

p/s : tahniah kepada pihak KBS yang menitik-beratkan soal agama dalam programnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aksi-aksi Sukan Extreme Yang Boleh Meluruhkan Jantung!!! #FBP13 @PortalSGB



rangkuman aksi-aksi sukan ekstrem yang boleh didapati di Festival Belia Putrajaya 2013... 

sesiapa yang berminat untuk mencuba... datanglah beramai-ramai ke sana...

Lagu "Anak Kampung" Paling Menarik Minat Orang Muda... Aramaite!!! #FBP13 @PortalSGB



steady la anak muda dengan live show lagu "Anak Kampung"... kalo Jimmy Palikat tengok mau menitik airmata dia... apa pun reaksi penonton yang sporting menari bersama mengikut rentak Bajau Sumazau Sabah ketika lagu :Anak Kampung" berkumandang memang sporting... aramaite!!!!

Giler La Puak-puak Baju Kuning Nie!!! Pi Serang Festival Belia Putrajaya Plak Dah!!! #FBP13 @PortalSGB



nie apa giler budak-budak berbaju kuning dok buat berkeliaran di Festival Belia Putrajaya semalam...

pergerakan mereka menimbulkan tanda-tanya kepada pengunjung festival...

kalo korang nak tau apa sebenar yang nereka lakukan...

saksikan video di atas...

Friday, 24 May 2013

Lelaki Menyamar PSY Oppa Gangnam Style Berpesta Sakan Di Cannes!!!...


Cannes – Bintang rapper Gangnam Style, PSY mengambil peluang menghadri Festival Filem Cannes dengan berparti sakan bersama bintang Hollywood yang turut hadir pada majlis itu.

Namun hakikatnya, tiada siapa yang menyedari bahawa dia bukanlah PSY yang sebenar, sebaliknya mempunyai wajah yang serupa.

Denis Carre, 34, yang kelihatan seolah-olah seperti PSY, menghadiri majlis berkenaan dengan dikawal oleh tiga lelaki yang diupah sebagai pengawal peribadinya.

Selain Rosario Dawson, dia turut berpesta bersama dengan artis Naomie Harris dan Adrien Brody.

Pada majlis itu, Denis turut mendapat minuman percuma dan membawa bersama `pengurus' untuk berbincang mengenai penampilannya PSY pada festival di Monaco.

Bukan itu sahaja, dia juga dilaporkan turut menarikan tarian Gangnam Style untuk penyiaran Perancis.

Ketika ditemui, Denis berkata, dia mula berlagak seperti PSY apabila secara tidak sengaja diperkenalkan sebagai bintang rap berkenaan di sebuah kelab di Dublin.

"Ketika itu orang ramai mula mengerumuni saya dan keadaan jadi tidak terkawal. Saya hanya dapat melepaskan diri dengan bantuan kakitangan kelab berkenaan,'' katanya.

Bagaimanapun PSY yang mengetahui mengenai lelaki berwajah serupa dengannya itu sempat bergurau dalam twitternya.

"Nampaknya ada satu lagi SAYA di Cannes…katakan hi padanya,'' kata PSY.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Giler La Mat Terap Jadi Ahlul Muzik??? #fFBP13 @PortalSGB



sapa kata askar Malaysia hanya pandai angkat senjata saja... angkat alat muzik pun teror... korang tak caya... tengok ler sendiri persembahan geng Mat Terap di Festival Hari Belia 2013...

Lensa Niring 1 : Corat-coret Hari Pertama Festival Belia Putrajaya 2013... #FBP13 @PortalSGB


Semalam merupakan hari pertama berlangsungnya Festival Belia Putrajaya 2013 di sekitar Presint 2, 3 dan 4 Putrajaya di sepanjang Bouelevard.

Di sini dikongsikan corat-coret gambar-gambar sekitar sambutan festival yang baru membuka tirainya semalam dan akan berlangsung selama empat hari yang akan berakhir hari Ahad ini.

Apa lagi anak muda di luar sana. Inilah masanya semua anak muda berkumpul bagi menunjukkan potensi masing-masing dan bukannya dengan berkumpul membuat demonstrasi serta bertindak liar mengalahkan binatang liar di hutan.

Jangan diikuti perangai buruk sesetengah anak muda dan belia yang telah diracun pemikirannya dan dibutakan hatinya sehingga sanggup bertindak di luar batasan kemanusian dan lebih mirip dengan perangai haiwan liar di hutan belantara yang tidak berotak.




Korang Pernah Tengok Tak Kawat Senyap??? Aku Pun Tak Pernah Tengok... @Portal SBG #FBP13



ini ler fisrt time aku tengok kawat senyap nie... memang takda bunyi kecuali bunyi tapak kasut jer... tiada iringan muzik seperti kawat-kawat yang biasa...

Biar Betul Menteri Belia Sukan Kena Raging??? @KhairyKJ @PortalSGB #FBP13


Macam tak caya plak Ketua Pemuda UMNO yang baru dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin didera melepasi pelbagai halangan "Obstacle" yang disediakan penganjur dalam cabaran "Viper Challenge".

Viper Challenge merupakan salah satu event menarik yang terdapat di Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta terpaksa melakukan aktiviti xtreme untuk melepasi kesemua halangan yang disediakan oleh pihak penganjur.

KJ yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan juga tidak melepaskan peluang mencuba cabaran ini walaupun beliau merupakan seorang menteri. Dan beliau telah membuktikan bahawa beliau juga berjaya menamatkan halangan dalam usia 37 tahun dan tak sia-sia beliau mengikuti kursus askar wataniah tahun lepas.

Jadi, malu la anak muda yang lebih muda umurnya daripada Menteri Belia dan Sukan kalo tak mampu melepasi semua halangan tersebut.

Thursday, 23 May 2013

Terkini!!! Akhirnya Bekas MB Pas, Azizan Razak Reda Kaki Dipotong...


GEORGETOWN – Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.

Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.

Sebarkan Email Palsu Rosmah Pula???


Berikut adalah kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai tindakan kumpulan tertentu yang menyebarkan email palsu melibatkan Datin Seri Rosmah Mansur.

SEBARAN EMEL PALSU BABITKAN NAMA ISTERI PERDANA MENTERI

Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai sebaran email yang menggunakan nama Datin Sri Rosmah Mansor sedang beredar di internet.

Pihak kami ingin mengesahkan bahawa emel tersebut menggunakan akaun palsu dan berniat jahat.

Diharapkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan agenda untuk memperdaya masyarakat dan mencemar nama baik Isteri Perdana Menteri.

Pejabat ini juga ingin memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 22 May 2013

Undi 2 Kali???? Tak Habis Menipu Jer Pembangkang Nie???


Sedap aje dakwa boleh mengundi dua kali.

Macam bos Suruhanjaya Pilihan Raya ni cakaplah… takkanlah kalau nama dia sudah dipotong macam mana hendak mengundi dua kali?

Apalah punya penipuan tahap rendah ni… masuk mengundi kali kedua… ambik kertas undi… lepas tu simpan…

Sesiapa yang pernah mengundi… boleh percaya ke… masuk tempat mengundi… ambik kertas undi… lepas tu keluar…?

Bukankah lepas duduk belakang peti undi (untuk pangkah calon pilihan), kita kena pergi ke peti undi untuk masukan kertas undi kita… akan ada kerani SPR dan ejen calon termasuk dari pihak Pakatan Rakyat yang dapat lihat dengan jelas kita masukan kertas undi dalam peti undi.

Tuesday, 21 May 2013

Anwar Tetap Gulingkan Kerajaan Biar Pun Sendirian??? Bodoh Betul La!!!


Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

KES NAYA : Gara-Gara Nak Jadi ‘Spy’ KDN, 69 Orang Ditipu Hingga 3K Seorang!!!


Mereka dijanjikan jawatan perisik atau 'spy' dengan gaji antara RM3,000 hingga RM6,000, namun semuanya hanya kelentong, sedangkan lelaki yang membuat janji dengan menyamar pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu kini lesap selepas mengutip 'wang pemerosesan' sebanyak RM59,100.

Itulah nasib menimpa 69 individu yang bercita-cita menjadi perisik KDN dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan membayar wang pemerosesan sebanyak RM250 hingga RM3,000 setiap seorang kepada suspek pada April lalu.

Selain itu, suspek terbabit yang berusia 30-an turut mengutip RM16,000 daripada 1,600 orang dari sekitar Kuala Langat, kononnya untuk menjadi pemantau khas ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), baru-baru ini.

Seorang daripada 69 mangsa yang memohon jawatan perisik itu, Mohd Faizul Dilla Mohamed, 28, berkata, dia sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa penipuan suspek kerana lelaki itu yang juga suami kepada kakak angkatnya sudah dikenalinya sejak 12 tahun lalu.

Biar Betul!!! ‘KETEPATAN’ Maklumat AirAsia Dipersoal Mazidul Akmal???... @TonyFernandes @AirAsia


Apa lagi pihak pengurusan AirAsia nak berdolak-dalik disebalik insiden ini. Kat luar sana ramai lagi pelanggan AirAsia pernah mengalami situasi yang sama atau hampir sama.

Bahkan ada yang lebih teruk lagi. Semua benda di "charge" oleh syarikat penerbangan tambang murah ni, tapi kalo delay flight ada AirAsia bayar pampasan kat penumpang. Buat bodo lagi ada ler.

Mari kita baca penjelasan wartawan yang popular dengan siri siasatan 999, Mazidul Akmal Sidek...

1. Saya berada di lokasi, lapangan terbang di Ho Chi Minh, Vietnam pada waktu kejadian. Hanya wanita berpakaian seperti jururawat mengambil suhu badan Maryam Sofea Mohd Riza berhampiran pintu 18.

Monday, 20 May 2013

[Video] Sial Punya Bapa Humban Anak Umur 1 Tahun Ke Lantai!!!!





Seorang bapa di China yang dikenali sebagai Chen tergamak menghempas anaknya yang berusia satu tahun ke lantai selepas dikatakan berang bergaduh dengan isterinya melalui perbualan di telefon bimbit.

Menurut laporan doktor, kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan yang serius di mana tengkoraknya retak, bengkak otak dan pendarahan serius di bahagian muka.

Buat masa ini, budak itu dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Bapa durjana itu telah berjaya ditahan oleh pihak polis dan menurut sumber lagi, tiga hari sebelum kejadian itu berlaku, Chen terlibat dalam satu lagi kes di mana dia didakwa mencederakan isterinya dengan pisau selepas bertengkar.

Hmm, ke mana hilangnya akal kewarasan seorang manusia normal apabila sesuka hati menghempas anak kandung sendiri ke lantai seperti budak itu tidak bernyawa pula kan..

Harapnya, kanak-kanak itu akan melepasi tahap kritikal dan kembali stabil seperti biasa.

[Video] Apa Cina Mau??? Lu Mau Apa Lagi!!!





Jangan tension-tension, banyakkan senyum dan letak jauh-jauh segala masalah yang melingkar di fikiran.

Jom kita layan sebuah klip pendek mengenai – APA LAGI CINA MAHU?

Kita pun tahu gelombang ‘tsunami’ pengundi Cina pada PRU-13 lalu sangat memberi kesan pada pola dan corak pengundian.

Mungkin klip ini ada jawapannya?

Jangan ambil hati, senyum je, tak perlu kata apa-apa.

Padan Muka!!! CEO Air ASiaX Kena Tepek Tepat Kat Muka Dengan Utusan!!!


Azran Osman-Rani… terus ke muka lu bro…. nah baca jawapan Utusan Malaysia kepada anda dan syarikat banyak hutang yang anda hanya makan gaji itu.

Antara baris ayat paling best oleh Awang Selamat dalam keluaran Mingguan Malaysia hari ini ialah nilai iklan Air Asia X lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut…

Bro… kau dah la b***k… nilai iklan kau lak lagi rendah dari iklan rawatan rambut…. kah kah kah

Berikut petikan yang dimaksudkan;

Iklan Air Asia

Nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman -Rani enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya rasis.

Sunday, 19 May 2013

Gempar!!! Kerajaan PR Berjaya Turunkan Harga Minyak Di Selangor, Penang Dan Kelantan???


Malaysiakini.com

Terkini! Penurunan Harga Minyak. Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.

Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.

Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak mampu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.


Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,

1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.

p/s : Waduh waduhhh, rajin laa mung ni menbaca...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.