Jika sebelum ini pernah disiarkan bagaimana sikap mementingkan diri pengguna komuter membuatkan seorang wanita mengandung duduk di atas lantai, ini sekeping gambar memaparkan sikap serupa turut bertebaran di media siber.
Gambar tersebut memaparkan pasangan remaja sedang membelek gajet tanpa menghiraukan seorang ibu yang mengendong bayi di tepi mereka terpaksa berdiri.
Dari sudut positif, semoga penyebaran gambar-gambar begini dapat mengingatkan masyarakat tentang tata susila menggunakan perkhidmatan awam yang kadangkala, mungkin kita semua terlupa.
Maklumlah sesetengah kita mungkin jarang menggunakan bas, LRT, komuter dan lain-lain pengangkutan awam sampai tidak tahu bahawa tempat duduk sepatutnya diberikan keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti wanita mengandung, ibu yang membawa bayi, warga emas dan golongan OKU.
No comments:
Post a Comment