Friday, 17 January 2014

Ketua Pemuda Wilayah @razlanrafii Serang Peniaga Di Pasar Chow Kit??? @NajihRazak @KhairyKJ @azwanbro


Gempar!!!! Memang gempar!!!!

Awal pagi ini sekitar jam 6.30 pagi kelihatan sekumpulan pemuda dilihat memasuki ke kawasan peniaga di Pasar Basah Chow Kit di ibukota.

Rupa-rupanya kumpulan ini adalah rombongan Ketua Pemuda Wilayah yang diketuai oleh Razlan Rafii bersama Exco PPUM Mohd Nazir selaku Pengerusi Hal Ehwal Bandar dan Perumahan serta Pemuda Wilayah turun padang bagi meninjau sendiri kenaikan harga barang seperti yang heboh dikatakan oleh orang ramai.

Ketika tinjauan dibuat memang terdapat sedikit kenaikan harga beberapa barang bukanlah akibat kenaikan harga minyak atau tarif elektrik tetapi kenaikan harga barang adalah disebabkan kekurangan bekalan di pasaran yang berkebetulan dengan musim tengkujuh.

Tinjauan terhadap pengguna juga menyatakan perkara yang sama di mana tiada sangat isu harga barang naik mendadak seperti yang dilaporkan media sosial. Menurut kata beberapa pengguna juga berkata ada juga beberapa barangan yang harganya turun tetapi tidak pulak dilaporkan terutama dari pihak pembangkang.

Pemuda Wilayah juga menurut Razlan ada mewujudkan satu skuad peninjau yang akan memantau harga dari masa ke semasa disamping akan juga dibantu oleh Pemuda setiap Bahagian dalam Wilayah. Ini bertujuan bagi memberi maklumat yang lebih tepat kepada pimpinan tertinggi seterusnya pihak kerajaan.

p/s : harga kangkung pun okay sejak PM kata dah turun sampai la tak naik-naik.... kalo PM sebut harga barang lain pun silap-silap tak naik sama....

1 comment: