Semalam heboh kat wassap-wassap group ngan telegram group pasal gambar ngeri tangan seorang guru terputus ditetak parang oleh bapa pelajar yang anaknya dipulas telinga. Bukan setakat kat wassap group tapi bersepah kat segala media sosial yang ada. Dikatakan, kejadian berlaku di Sabah apabila seorang bapa mengamuk terhadap guru yang memulas telinga anaknya.
Bagaimanapun, fakta kejadian adalah tidak betul malah ia bukan berlaku di Sabah sebaliknya Sarawak.
Berikut adalah kejadian sebenar yang berlaku mengikut laporan polis:
"Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman, mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin. Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak RM300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah. Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri. Kemudian mangsa dibawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya dibawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil. Menurut doktor, kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat/senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki."
Jadi dapatlah dirumuskan, mangsa dalam kejadian ini yang dikenali sebagai Zainal sebenarnya ditetak ketika menemani rakannya memungut hutang daripada seseorang di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, Asajaya, Sarawak.
Tak tahulah siapa yang pandai-pandai buat skrip sendiri kemudian menyebarkannya pula kepada orang ramai. Tak pasal-pasal mencetuskan situasi panik terutama dikalangan guru-guru, cikgu-cikgu dan warga pendidik yang sedang bersedia mahu menghukum pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
Apa pun, kejadian ini memang mengerikan dan wajar dijadikan pedoman.
p/s : tak pasal-pasal nama cikgu yang naik... kalo benda baik takpa la jugak... macam ada unsur sabotaj nak kenakan cikgu jer...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment