Thursday, 13 February 2014

Siapa Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Yang Cukup Digeruni Anwar? @AnwarIbrahim #PRKKajang


Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan peguam melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes liwatnya hanyalah untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut.

Ini adalah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Anwar sebenarnya takut untuk dibicarakan.

"Ini cuma usaha untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Dia (Anwar) takut untuk dibicarakan kerana dia buat salah.

"Jadi dia takut mahkamah akan jatuhkan hukuman ke atasnya. Tetapi memanglah dia takut pada Shafee.

"Shafee dah menang banyak kes-kes rumit. Saya fikir Anwar pun gentar jugalah," katanya.

Siapa sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?

Dari segi kelulusan, beliau adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1977.

Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di institusi pendidikan tersohor, London School Of Economics hingga memperolehi Masters in Law pada tahun 1984.


Muhammad Shafee juga pernah menghadiri kursus di US State Department on "Legal Institutions and Grass Roots Movements dan di National College for District Attorneys di Houston, Texas.

Beliau adalah ahli kehormat County Bar Association, Minnesota, U.S.A.

Muhammad Shafee pada awalnya bertugas sebagai pendakwa sebelum meninggalkan Jabatan Peguam Negara pada tahun 1983 untuk menjadi peguambela dan peguamcara.

Sewaktu berkhidmat dengan kerajaan lagi, beliau sudah memenangi pelbagai kes berprofil tinggi dengan berjaya membuktikan kesalahan ramai individu yang terlibat dengan kes pembunuhan, pengedaran dadah, pemilikan senjata api, pecah amanah dan pelbagai lagi.

Pada 22 oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) – badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

Dalam mahkamah, Shafee cukup terkenal dengan kelantangannya dan cukup garang bila berbahas.

Kita tak mungkin lupa bagaimana beliau menghempas fail dalam kes Raja Petra Kamaruddin.
Kisahnya Raja Petra tidak lama dulu telah menuduh Muhammad Shafee dengan pelbagai tuduhan termasuk menggunakan firma guamannya untuk melancarkan 'operasi khas' menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Ia terkandung dalam artikel tulisannya bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivated Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.

Bosan dengan sikap penulis blog itu, Muhammad Shafee bertindak menemui Raja Petra secara bertentang 'mata-ke-mata' dengannya di Mahkamah Majistret pada 15 Ogos lalu. Tujuaannya hanya satu, menyerahkan perintah mahkamah dan writ saman kepada tuan punya diri.

Apabila menyedari Raja Petra enggan menerimanya, Muhammad Shafee hilang sabar dan terus menghempaskan semua fail itu ke lantai!

Beliau belum puas!

Berikutnya beliau sekali lagi mencabar Raja Petra dalam sidang akhbar khas di pejabatnya.

Beliau juga mengkritik Raja Petra yang hanya tahu berselindung di sebalik laman webnya dengan tidak membenarkan debat secara terbuka.

"Raja Petra hanya menyiarkan komen yang dirasakan baik untuk dirinya dengan ada tapisan, tetapi mendakwa dia mahukan masyarakat yang terbuka.

"Dia (Raja Petra) seorang yang manusia yang pengecut seperti kata pepatah 'baling batu sembunyi tangan!!!"

Mengenali peguam tersohor itu, beliau tidak akan terhenti di situ saja.

Tabiat Muhammad Shafee ialah, beliau akan berlawan habis-habisan dengan mereka yang ingin bersilat dengannya.

Dan kali ini peguambela terkenal Anwar, Karpal Singh akan menyambut 'kehadiran' Muhammad Shafee di mahkamah.

Inilah yang dikatakan buku bertemu ruas.

Yang pasti Karpal Singh tidak akan menempuh lalu dan jalan yang mudah kali ini.


Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa!!!! 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



























No comments:

Post a Comment