Monday, 3 March 2014

Doa Rosmah Buat Hew Kuan Yew Bikin Macai PR Menitiskan Airmata!!! @NajibRazak


"Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mengharapkan agar saya diserang sakit jantung (sudden death) dan segera menemui ajal (journey to the "west"). Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan & kebahagiaan agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia. Salam - Rosmah Mansor"

Ini cerita baru yang masih panas mengalahkan "pisang goreng panas" di pasaran. Bagaimana isteri seorang pemimpin kerajaan yang redha dan masih mendoakan orang yang mendoakan "kecelakaan" dan "menghina" beliau. Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosmah bila Hew Kuan Yew mendoakan agar Rosmah kena sakit jantung dan cepat mati. Astagfirrullahalazim... Sungguh kurang ajar... Sungguh biadap sekali perbuatan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Rosmah ini selari dengan sunnah nabi kita Rasullullah swt Muhammad bin Abdullah yang ketika hayat Nabi sering memaafkan orang lain walaupun orang itu bukan beragama Islam seperti sirah Nabi di mana pernah suatu ketika, seorang musyrik telah menghunuskan pedangnya kepada Rasulullah seraya bertanya, 'siapakah yang dapat melindungi engkau daripada aku membunuhmu sekarang?'. Lalu jawab Rasulullah, 'Allah yang melindungi aku daripada sebarang tindakan jahat engkau'. Setelah mendengar jawapan Rasulullah itu, pedang yang berada pada tangan lelaki tersebut tiba-tiba terjatuh menyebabkan lelaki tersebut tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa. Lantas Rasulullah mengambil pedang itu, seraya bertanya: 'siapakah pula yang akan melindungi engkau?'. Lelaki itu sambil terketar-ketar menjawab, 'kemaafanmulah sahaja yang dapat melindungiku'. Setelah Rasulullah memaafkan perbuatan lelaki itu dan melayannya dengan baik, maka lelaki tersebut begitu tertarik dengan dengan sikap pemaaf dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah, lantas memeluk Islam.

Itulah sifat baik yang ditonjolkan oleh isteri Perdana Menteri kita sekarang yang pastinya jika kita tunjuk 1001 contoh pun sukar bagi macai-macai pembangkang ni nak terima. Buatlah baik macam mana sekali pun mesti puak-puak ni kata salah. Tapi kalau pemimpin pembangkang buat salah pun mesti depa takkan mengaku bahawa itu adalah salah. Bahkan puak-puak haramjadah ni mesti tuduh orang lain pulak yang salah. Ini satu lagi contoh sifat Nabi yang memaafkan orang lain walaupun Nabi mahu dibunuh.

"Rasulullah saw selalu memaafkan kesalahan yang dilakukan terhadap baginda. Nabi Muhammad saw tidak pernah menyimpan perasaan dendam kepada orang lain walaupun terhadap musuh yang sentiasa menghalang dakwah baginda. Sebaliknya, baginda sentiasa berdoa agar mereka dikurniakan hidayah untuk menerima ajaran Islam yang suci murni. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 199, bermaksud: 'Jadilah engkau pemaaf dan serulah (manusia) mengerjakan yang makruf (baik) dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.' Ketika turun ayat tersebut, Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibril. ''Apakah maksud ayat ini, wahai Jibril?'' Jibril menjawab, ''Sesungguhnya Allah menyuruhmu memaafkan orang yang telah menzalimimu, dan bersilaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu".

Adakah sifat ini mampu pulak dilakukan oleh pemimpin-peminpin pembangkang atau isteri-isteri mereka. Kepada Hew Kuan Yew hati-hatilah dengan ucapan anda kerana takut nanti kena kat diri sendiri. Kalo rasa tak suka duduk Tanah Melayu ni elok la balik ke Tongsan tanah tumpah datuk nenek moyang anda. Anda tu pun kalo bukan kerana datuk nenek gua berperikamanusiaan bagi kewarganegaraan sebelum merdeka gua rasa lu pun dah merempat entah kat mana.


p/s : ingat ye Hew Kuan Yew pepetah melayu nie... "terlajak perahu boleh diundur... terlajak mulut buruk padahnya"... "kerana pulut santan binasa... kerana mulut badan binasa" 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




No comments:

Post a Comment