Tuesday, 18 March 2014

Video Paling Panas Rahsia Siapa Sebenarnya Chew Mei Fun??? #PRKKajang


FAKTA YANG RAMAI TIDAK TAHU: CHEW MEI FUN MENGABDIKAN DIRINYA SELAMA INI DENGAN KERJA-KERJA AMAL UNTUK MEMBANTU RAKYAT

Pemimpin NGO yang berjiwa rakyat, membantu dalam diam, berjasa dalam kesamaran.

Chew Mei Fun merupakan Pengasas dan Presiden Pusat Hemodialisis pingRong-NKF, Petaling Jaya. Kesan penubuhan pusat tersebut, rakyat di sekitar Petaling Jaya mudah mendapatkan rawatan hemodialisis. Dengan dedikasi Chew dan masyarakat yang prihatin lebih banyak pusat dialisis lagi telah berjaya ditubuhkan.

Pesakit buah pinggang cuma perlu bayar RM50 setiap rawatan di pusat berkenaan. Baki RM100 akan dibiayai oleh Kementerian Kesihatan dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Pusat ini juga melatih jururawat dr kolej kejururawatan swasta sebelum diambil bekerja di pusat-pusat dialisis NKF di seluruh negara

RUJUKAN: KLIK SINI

Skuad Sukarelawan Utk Krisis MH370

Di dalam kesibukan berkempen Chew Mei Fun yang amat prihatin dan simpati sempat mencuri masa membentuk sepasukan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga mangsa. Jumlah sukarelawan yang sudah mencecah 80 orang ini fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin akan membantu ahli keluarga mangsa dalam aspek menterjemahkan perkembangan semasa kes dan membantu urusan pelepasan bila-bila masa diberitahu oleh pihak MAS. Mei Fun berharap skuad ini dapat meredakan gangguan emosi keluarga mangsa.

Syabas Mei Fun !

)

4 comments:

  1. Kalau Cina buat baik atau jasa, riuh sekampung,nak salah cina aje tak boleh kalau bukan orang melayu yang sudi diperbodohkan atau sanggup jadi barua, bukan semualah....

    ReplyDelete
  2. Ha ah kan .. riuh sekampung kalau cina buat baik atau buat jasa .. kalau cina buat video perbodohkan MALAYsia tu takpa la jugak .. yg tu baru MALAY tak dianggap barua atau bodoh ... kan kan kan .. tkasih melsyu otak pandai yg bagi komen kat atas tu ..

    ReplyDelete
  3. umno ni kalu pr bangsa cina bertanding kawasan melayu...hasut org melayu jgn undi cina...sebab ada bangsa sendiri....la ni melayu bertanding kawasan majoriti melayu hasut melayu undi cina...jgn undi melayu...apa lah punya fikiran ni....

    ReplyDelete
  4. Sebab Cina bawah BN dia ada konsensus rasmi bersama UMNO dan Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN, Ketua Pemuda BN, Ketua Wanita BN dan banyak lagi jawatan utama dalam BN adalah dari UMNO.

    Cina di luar BN tidak dipengaruhi sesiapa melainkan diri mereka. DAP tetap DAP

    Sebab itu dalam PRU, MCA tak guna lambang parti mereka TAPI GUNAKAN LAMBANG BN. DAP PULA TAK GUNAKAN LAMBANG SELAIN LAMBANG RASMI DAP. Cuma rakyat yang bebal je tak nampak dan mudah dibebalkan

    ReplyDelete