Wednesday, 23 April 2014

@IsmailSabri60 Cadang Wartakan Pulau Bidong Sebagai Ladang Terumbu Karang... @NajibRazak #DSIS


Kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk universiti mendapati Pulau Bidong sesuai dan antara lokasi terbaik untuk dijadikan sebagai pusat pembiakan terumbu karang secara komersial.

Projek Ladang Terumbu Karang Bidong ini kelak boleh menjana sumber pendapatan sampingan kepada nelayan dan golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang itu.


Projek ini hanya mengambil masa tiga bulan sahaja (sebelum mendapat hasil) dan modal yang digunakan juga agak kecil dan ia tidak memerlukan penjagaan yang khusus seperti projek ternakan lain.

Jika ia (terumbu karang) ditanam secara banyak, sudah pasti akan mendatangkan keuntungan kepada pengusaha kerana setiap terumbu karang yang dihasilkan bernilai sekurang-kurangnya RM5 atau RM10


Perladangan terumbu karang dilihat berpotensi menjadi pendapatan sampingan buat para nelayan kerana mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sehubungan itu, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu untuk mewartakan Pulau Bidong sebagai pusat pembiakan terumbu karang secara komersial.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mewartakan Pulau Bidong yang suatu ketika menjadi pusat penempatan sementara pelarian Vietnam sebagai ladang terumbu karang secara komersial.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dibuat selepas mengambil kira kesesuaian lokasi pulau yang tidak berpenghuni itu untuk tujuan berkenaan yang boleh menjana ekonomi nelayan dan menambah daya tarikan pelancong.

"Sekarang ini pun pelbagai kajian telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk universiti dan perairan Pulau Bidong telah dikenal pasti sebagai antara lokasi yang terbaik untuk dijadikan tempat pembiakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Ladang Terumbu Karang Bidong pada penutupan program Hari Bumi 2014: Sehari Bersama Nelayan di Pulau Bidong dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perlada­ngan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Mohamad Dolmat; Penasihat Yayasan Coral Malaysia, Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman serta beberapa kenamaan lain.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu memfokuskan kepada aktiviti bersama nelayan bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan itu yang bukan sahaja bersabung nyawa untuk membekalkan sumber makanan laut, malah turut menjadi ‘peniaga’ utama kepada alam laut.

Selain aktiviti pembersihan sekitar Pulau Bidong, turut diadakan sempena program itu ialah sesi dia­log bersama para nelayan, acara sukaneka, pelepasan penyu serta beberapa sesi lawatan ke sekitar pulau tersebut termasuk lokasi yang menjadi tapak peninggalan warga Vietnam sebelum ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyifatkan projek ladang terumbu karang itu sebagai suatu projek yang bermanfaat yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan kepada para nelayan serta golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang itu.

"Kalau kita lihat, projek ini hanya mengambil masa tiga bulan sahaja (sebelum hasilnya dapat dituai) dan modal yang digunakan juga agak kecil. Pada masa sama, ia juga tidak memerlukan penjagaan khusus seperti projek ternakan lain.

"Jika terumbu karang ditanam secara banyak, sudah pasti akan mendatangkan keuntungan kepada pengusaha kerana setiap terumbu yang dihasilkan bernilai sekurang-kurangnya RM5 atau RM10.

"Justeru, kita menyerahkan kepada Jabatan Perikanan untuk membantu memasarkan setiap te­rumbu karang yang diusahakan ini secara komersial," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment