Friday, 11 April 2014

#MAHA2014 Pra-Pelancaran Mendapat Sambutan Positif... @NajibRazak @IsmailSabri #DSIS


Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2014

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sekali lagi akan menganjurkan acara dwitahunan bertaraf antarabangsa iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2014 dan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang akan diadakan pada 20 - 30 November 2014.

Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2014 disempurnakan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10hb April 2014 (Khamis) sebagai simbol bermulanya promosi acara MAHA pada tahun ini.

MAHA 2014 yang diselaraskan oleh MARDI dan FAMA dengan dibantu oleh jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kali ini akan membawa tema "Agroteknologi Pemangkin Transformasi" dan bakal memaparkan lebih banyak tranformasi sektor pertanian, penternakan dan industri asas tani yanga melibatkan aspek inovasi dan teknologi terkini.

Antara objektif utama pra-pelancaran adalah bagi memperkenalkan konsep baru MAHA 2014 yang melibatkan 8 fokus utama sektor pertanian iaitu :

  1. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
  2. Agri Trade
  3. Industri agro-makanan
  4. Industri asas tani
  5. Agro Youth
  6. Malaysian Agriculture and innovation Challenges (MAGIC)
  7. Agro-pelancongan
  8. Agri lifestyle
MAHA 2014 kali ini turut memperkenalkan 13 kluster pertanian yang memperlihatkan gabungan usahasama jabatan dan agensi di bawah MOS dalam menjayakan sektor pertanian. Kluster-kluster tersebut adalah :

  • Agro Base Industry
  • Agro Trade
  • Agro Tourism
  • Agrofood - Buahan & Florikultur
  • Agrofood - Nanas
  • Agrofood - Sayuran & Herba
  • Agrofood - Ternakan
  • Agrofood - Perikanan
  • Agrofood - Mekaninasi
  • Agrofood - Padi
  • Agro Youth
  • Agro - lifestyle dan Magic
MAHA 2014 merupakan platform terbaik menemukan peniaga, pembekal, pengedar, pembeli selain menjadi tempat yang strategik untuk mendapatkan informasi-informasi terkini bidang pertanian. Selain itu, MAHA 2014 juga sebagai platform bagi menawarkan peningkatan pengeluaran, keselamatan makanan, nilai tambah sekaligus meningkatkan pendapatan petani ke suatu aras yang lebih tinggi. Melalui MAHA 2014 juga kerajaan dapat mempromosikan bidang pertanian serta menawarkan peluang kerjaya yang menarik khususnya kepada generasi muda.

No comments:

Post a Comment