Detik serius bertukar ceria di sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama siang tadi.
Najib sedikit sukar untuk mengungkap perkataan Inggeris “proliferation”.
Beliau berusaha untuk menyebut perkataan itu sebanyak tiga kali tetapi gagal menyebut dengan lancar, lalu Obama pantas membantu “Ia (perkataan) yang susah. Saya selalu tersilap,” akuinya.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya tergelak bersama dengan Najib berjanji untuk berusaha untuk membetulkan sebutannya.
Najib kemudian menggantikan perkataan itu dengan “spread”.
Ia berlaku semasa beliau memberi penerangan tentang rancangan keselamatan global dan penyebaran senjata pemusnah besar-besaran kedua-dua negara.
Sebelum itu, Najib meyambut Obama dengan berkata “Selamat datang, sahabat saya”, sambil berkata Obama adalah antara beberapa pemimpin dunia yang memahami perkataan itu (kerana beliau dibesarkan di Indonesia).
Semasa ucapannya, Najib bercakap tentang bagaimana Malaysia telah berkembang pesat sejak lawatan terakhir presiden negara itu, iaitu Lyndon B. Johnson, pada tahun 1966.
– Astroawani.com
No comments:
Post a Comment