Thursday, 8 May 2014

Apa Ka Jadah Joseph Entulu Keluar Kenyataan Mengalahkan PM Nie!!! @NajibRazak


Apa ka jadahnya Menteri di JPM, Joseph Entulu pandai-pandai buat keputusan keluarkan kenyataan rasmi menyatakan kabinet telah meluluskan untuk membuang ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan tanpa ada sebarang kelulusan rasmi lagi. Gila ka apa dia ni.

Apa masalahnya kalo diletakkan ruangan kaum dalam apa-apa borang sekali pun sebab dah berpuluh tahun kaedah ini digunakan bagi mengetahui sesuatu kaum seseorang individu itu. Apa yang dia ni malukan sangat dengan bangsa atau kaum dia sendiri entah. Memang satu Malaysia tau bagi penduduk di sebelah negeri Sarawak dan Sabah agak unik penduduknya kerana didiami lebih daripada berpuluh etnik kaum. 

Tapi apa yang dilakukan oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini adalah sesuatu tindakan bangang sebab mendahului apa yang sepatutnya dan ia bukanlah tindakan yang bijak bagi seorang yang bertaraf Menteri. Rasanya elok Perdana Menteri menimbang kembali perlantikan beliau sebagai seorang Menteri yang mewakili rakyat dari Timur Malaysia ni. 


"Kabinet hari ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan - Menteri di JPM Joseph Entulu Belaun "



p/s : peringatan jugak buat pak-pak menteri di luar sana jangan nak buat sesuatu kenyataan bodoh dan cakap ikut sedap mulut jer bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"...

No comments:

Post a Comment