Friday, 9 May 2014

Salahkah Rosmah Naik Heli Dengan PM??? @NajibRazak


Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah... Ini satu lagi spin macai PR nak buruk-burukkan PM dengan melalui isteri PM, Rosmah Mansor. Pertanyaan gua kat macai PR "salahkah isteri PM mengikuti suaminya seorang Ketua Negara naik heli ke majlis atau program rasmi bukan nak private jet pun???".

Bukan sesuatu yang asing ketua negara sesuatu negara menggunakan pengangkutan udara untuk urusan rasmi kerajaan seperti lawatan dan program terutama di kawasan yang jauh untuk menjimatkan masa. Mana kita tau kot-kot Perdana Menteri perlu pulang segera ke ibu negara untuk mesyuarat penting atau menghadiri program rasmi lain. Kalo naik kereta entah berapa lama nak sampai. Itu belum dikira kalo ada kesesakan di jalanraya akibat kemalangan ker sebagai contoh.

Bukan Rafizi ni tak tau kenapa pemimpin negara guna helikopter untuk bergerak bukan naik "private jet" nak pi umrah pun. Bukan Rafizi tak tau bos dia Anwar Ibrahim pun pakai "skuad pengiring" yang tak rasmi untuk bergerak bagi ceramah memfitnah kerajaan siap dengan lampu "hazard" biru lagi. Sebab apa pemimpin yang bukan menghadiri program tak rasmi dan bukan pemimpin negara pun pakai pengiring untuk memudahkan pergerakan.

Itu belum lagi citer Anwar pakai "private jet" bergerak ke hulu ke hilir sampai ke luar negara mengalahkan Ketua Negara yang dilantik dan dipilih secara rasmi. Kenapa Rafizi tak pulak bising-bising. Kalo pemimpin pembangkang buat semua boleh tapi kalo pemimpin rasmi tak boleh plak.

Sebab tu memang kerja pemimpin pembangkang macam rafizi ni mencari salah orang lain tetapi menyembunyikan salah laku pemimpin sendiri.

p/s : bukan naik "private jet" pun macam ketua bahagian buat pi buat umrah peribadi.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment