Monday, 23 June 2014

Panas!!! Berita Terkini Keputusan Rayuan Kes #KalimahAllah!!!!


Takbir!!! Allahu akbar!!! Syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurniaannya pada pagi ini keputusan kes rayuan penggunaan Kalimah Allah telah memihak kepada umat Islam. Pagi ini bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya, mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan gereja untuk menggunakan Kalimah Allah dalam kitab bibble mereka seterusnya memberi kemenangan kepada doa umat Islam selama ini.

Berita gembira ini telah disampaikan sendiri oleh Presiden Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim a.k.a Tok Him dan Datuk Zolkifli Nordin di hadapan ribuan umat Islam yang telah berhimpun sejak awal pagi yang datang dari seluruh pelusuk negara. 

Pihak Hakim menyatakan keputusan mahkamah rayuan adalah memihak kepada Islam.. Maka beliau menolak rayuan pihak gereja dan menyatakan 3 panel hakim lagi bersama2 dgn keputusan beliau.

(1) Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif 

(2) Chief Judge of Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin;

(3) Federal court judge Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Manakala 3 lagi hakim menolak.
Keputusan 4-3. Kita masih mencari siapakah 3 hakim yang menolak keputusan ini sama ada hakim tersebut daripada kalangan hakim yang beragama Islam atau tidak. 

Apa pun kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita sebagai hambaNya. Ingatlah bahawa orang kafir dan orang Yahudi masih belum berhenti untuk memerangi umat Islam.

Takbir!!! Allahu akhbar!!!

2 comments:

  1. Alhamdulillah..walaupun hukum Islam tak berapa nak tertegak kat bumi Malaysia ni, at least kalimahNya masih hak mililk mutlak org Islam yg bukan 100% orang Melayu...

    ReplyDelete
  2. Eloknya Hakim yang memihak kepada orang kristian diambil tindakan sebab bodoh atau sengaja buat tidak tahu sedangkan kalimah tersebut telah diharamkan digunakan oleh penganut bukan Islam untuk tujuan keagamaan sejak sekian lama. Mohon yang di Pertuan Agung pecat hakim-hakim yang terlibat dan sekali dengan Peguam Negara yang menafikan Hak Mutlak umat Islam ke atas Kalimah ALLAH.

    ReplyDelete