Saturday, 5 July 2014

Kempen "Jihad Memerangi Orang Tengah" Mula Beri Kesan Positif Kepada Petani... @IsmailSabri60 #DSIS


Nampaknya kempen yang diketengahkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mula menampakkan kesannya. Dengan menggunakan motto "Jihad Memerangi Orang Tengah" mula diterima oleh golongan petani, penternak dan nelayan. Hasrat murni Menteri Pertanian adalah untuk membantu golongan yang terlibat dalam pertanian dan industri asas tani dari ditindas oleh golongan "orang tengah" ini yang mengawal pasaran serta mengaut keuntungan berlipat kali ganda sedangkan petani, penternak dan nelayan hidup sengsara dengan pendapatan yang sedikit.

Nampaknya makin terhimpit kedudukan orang tengah yang selama ini mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada perit jerih petani, penternak dan nelayan mencari rezeki.
MoA dan Angkatan Koperasi Kebangsaan atau ANGKASA bersedia bersama sama memerangi kegiatan orang tengah dalam usaha membantu golongan petani, penternak dan nelayan memperolehi pendapatan setimpal dengan apa yang diusahakan oleh golongan tersebut.
Satu jawatankuasa akan dibentuk yang mewakili MoA serta ANGKASA dan dijangka akan memulakan mesyuarat pertama pada minggu depan.
Antara kerjasama yang boleh diwujudkan diantara MoA dan ANGKASA ialah dengan membenarkan produk produk pertanian dipasarkan terus ke kedai kedai koperasi di seluruh negara dan ini sekaligus akan membantu para petani, penternak mahupun nelayan memasarkan terus hasilan mereka kepada pengguna.
ANGKASA juga digalakkan untuk menceburi bidang pengangkutan dengan mengangkut barang hasilan daripada petani, penternak dan nelayan berikutan banyak koperasi pada masa ini menceburi bidang tersebut dan ianya juga salah satu cara menangani peranan orang tengah yang memonopoli perkhidmatan pengangkutan bagi mengangkut barangan pertanian.
Buat masa sekarang terdapat kira kira 5000 premis perniagaan berupa kedai koperasi dan agrobazar di seluruh negara dan jika persefahaman ini berjaya, Sangkakala dapat bayangkan bahawa orang tengah yang selama ini begitu rakus akan menyesal seumur hidup.
Sumber : Sangkakalajari9 

No comments:

Post a Comment