PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah serta menunaikan solat sunat Tasbih yang diadakan di Seri Perdana, di sini.
Majlis yang diadakan sempena menghayati bulan Ramadan itu turut dihadiri isteri Ketua Setiausaha Negara Puan Sri Rohani Abdullah.
Pada majlis berkenaan, penceramah terkenal, Datuk Dr Fatma El-Zahra menyampaikan tazkirah yang berkisar kepada amalan dan perbuatan yang wajib dilakukan pada bulan Ramadan serta keberkatannya dan manfaat yang diperoleh dengan menunaikan solat sunat Tasbih.
Lebih 200 tetamu lain terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) menghadiri majlis itu.
Turut hadir penuntut dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). – MyNewsHub
as salam. moga hidayah utk mu kak Rosmah bertambah2 .
ReplyDelete