Monday, 11 August 2014

Gempar!!! Ceramah PKR Sekarang Tak Hentam BN, Najib Tapi Belasah Balun Khalid Ibrahim Plak???


Langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu Menteri Besar Selangor ini dilihat seperti mahu melenyapkan terus karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim biarpun beliau sudah pun memimpin masuk penggal kedua.

Ini dilihat daripada kesungguhan para pemimpin parti itu, yang mengadakan sesi ceramah hanya beberapa jam selepas memecat Abdul Khalid dan dalam ceramah itu menghentamnya terus menerus.

Tiada satu pun unsur dalam ceramah itu yang mengkritik parti Barisan Nasional (BN) dan Umno mahu pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, mereka berceramah mengenai satu persatu kesalahan Abdul Khalid sepanjang pentadbiran Menteri Besar itu pada 2008 di hadapan kira-kira 400 orang hadirin di Seksyen 19, Shah Alam.

Para hadirin yang hadir kebanyakannya menunjukkan reaksi terkejut dengan masalah yang didedahkan dari masalah jalan berlubang dan sampah sehinggalah dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan UMNO untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

Ceramah yang dibaratkan ‘peluru’ untuk Abdul Khalid itu dihangatkan oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dengan menyatakan Abdul Khalid gagal menyelesaikan masalah jalan raya dan air di kawasan beliau.

Zuraida yang dijangka mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR pada pemilihan parti itu yang belum pun selesai menyindir Abdul Khalid kerana bersikap sombong dan membelakangkan parti dalam pelbagai jenis isu.

“Kita bukan pilih “acong” atau “ane” mana jadi presiden. Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan,” kata beliau diikuti dengan gelak tawa dan sokongan daripada hadirin yang hadir.


Zuraida berkata Khalid bertindak sombong apabila menyatakan beliau menjadi menteri besar kerana rakyat dan kini melupakan parti.

Beliau mengesyorkan agar Khalid menubuhkan parti baru jika ingin terus menjadi menteri besar.

“Saya Ahli Parlimen Ampang kalau parti tak letak saya di Ampang adakah saya jadi YB di Ampang?

“Kalau tak nak ikut parti, baik dia buat parti sendiri jadi menteri besar sendiri.

“Tapi, boleh menangkah?” kata beliau dibalas dengan laungan “Tidak!” oleh hadirin.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Stragei parti Rafizi Ramli mengulang kepada hadirin mengapa Khalid patut diturunkan dengan masalah hutang Bank Islam beliau.

Bagaimanapun hadirin sedikit kecewa kerana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberitahu sepatutnya datang tidak muncul.

Saifuddin ketika ditemui wartawan selepas ceramah menyatakan Anwar sedang menemui “seseorang yang amat penting.”

Tumpuan ceramah itu Wan Azizah merupakan satu-satunya pemimpin yang tidak mengulas langsung mengenai Khalid.

Bakal menteri besar Selangor itu sebaliknya menceritakan kisah sedih hidup beliau selepas Anwar ditangkap dan dipenjarakan pada ketika permulaan Reformasi PKR.

“Saya tak mahu panjangkan isu menteri besar, biarlah Datuk Saifuddin dan saudara Rafizi menjelaskannya.

“Saya datang jumpa tuan puan malam ini nak berkongsi kehidupan saya. Bagaimana deritanya saya dan anak-anak hidup tanpa suami,” katanya.

Bila difikirkan kembali, apa motif Dr Wan Azizah bercerita mengenai kesedihan itu? Adakah ingin meraih simpati agar rakyat menerimanya sebagai Menteri Besar atau pun, bersedia untuk Anwar jika dimasukkan ke penjara sekali lagi?

No comments:

Post a Comment