Sunday, 7 September 2014

Bila Akaun FB Menteri Kongsi Maklumat Kepada Rakyat Pun Jadi isu Jugak??? @NajibRazak #DSIS


Macam-macam hal la... Kali nie cerita pasal "posting" dari akaun Facebook Menteri Pertanian, Dato' Sri Ismail Sabri pulak dikritik dengan cerita "sponsored". Bila menteri kerajaan tak "media social savvy" dan tak berapa nak ber "facebook", ber "twitter" sibuk dok kutuk kata menteri  UMNO seperti itu ketinggalan zaman tak macam pemimpin pembangkang yang sangat "advance" kononnya bermain dengan media sosial. Tapi bila ada menteri yang cuba untuk mengikuti "trend" dan aliran kepantasan perkongsian maklumat pun ada yang dok kondem. Lagi menyedihkan yang dok kondem tu bukan datangnya dari penyokong pembangkang tetapi "so-called" penyokong kerajaan sendiri yang juga orang kuat kepada menteri kabinet plak tu.

Kita sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh menteri-menteri kabinet sekarang yang mula menguasai penggunaan media sosial dalam berkongsi maklumat terutama informasi yang melibatkan dasar-dasar dan program-program di kementerian masing-masing bukannya menjatuhkan semangat dengan isu yang remeh-temeh ni. Bahkan kita juga sepatutnya berbangga dengan perkembangan positif ini sama seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu penguasaan media sosial dikalangan menteri kabinet dipertingkatkan.

Apa pun umum mengetahui bahawa kebanyakkan akaun media sosial menteri sekarang lebih banyak menyebarkan maklumat terkini berkenaan dengan dasar dan program kementerian yang dijaga disamping diselitkan aktiviti menteri tersebut bersama rakyat untuk disebarkan dan dikongsikan bersama rakyat bukannya menyebarkan fitnah dan hasutan seperti pemimpin pembangkang. Ini jauh sekali dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang menggunakan media sosial untuk membuat fitnah dan menghasut rakyat seperti membuat demonstrasi jalanan dan provokasi.

Dikongsikan bersama secebis pandangan daripada sahabat blogger berkaitan isu yang sama :

Untuk makluman, Menteri Pertanian kita ni mempunyai puluhan ribu pengikut di laman facebook dan apa yang Sangkakala tahu, tujuan beliau membuat bayaran adalah untuk memberikan makluman tentang sesuatu kejadian atau program atau apa sahaja yang dirasakan perlu dimaklumkan. Sumber : KLIK SINI

Yang dok komen ni pun bukan "player" baru dalam media sosial terutama facebook, kira otai gak ler dikatakan sejak zaman dulu lagi berkecimpung tapi tegurannya macam "budak baru nak naik" yang nak kenal facebook. Tambahan pula beliau pun merupakan orang yang bertanggungjawab dengan penyebaran maklumat di media sosial kepada seorang menteri kabinet juga. Seharusnya elok beliau nasihatkan dulu kawan-kawan beliau dalam "circle" beliau yang ada jugak buat benda yang lebih kurang sama jer. "Jangan kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata tak nampak atau buat-buat tak nampak plak..."

Jadi, jika kita rasakan apa yang dilakukan itu merupakan sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat khususnya eloklah kita sebagai rakyat menyokong sama demi kebaikan negara.

No comments:

Post a Comment