Malam tadi telah berlangsung Program Selawat Perdana di Mini Stadium Kuala Kubu Baru anjuran Yayasan Perdana Ummah yang dihadiri umat Islam sekitar kawasan Kuala Kubu Baru. Ribuan umat Islam hadir meski pun hujan lebat membanjiri kawasan program tapi dengan kekuatan imam dan rasa cintakan Rasullullah saw mereka tidak berganjak malah ada yang tetap setia berdiri tanpa payung pun, masyaAllah. Begitulah kekuatan yang ditunjukkan oleh umat Islam di Malaysia yang sayangkan Allah dan Rasul-Nya.
Tepat jam 9.15 malam seperti yang dijadualkan pragram ini bermula tetap diteruskan meskipun hujan masih turun mencurah-curah. Umat Islam mula membanjiri padang Mini Stadium Kuala Kubu Baru sambil berselawat bersama kumpulan Yayasan Perdana Ummah.
Program ini juga dihadiri oleh ADUN Batang Kali yang turut hadir bersama-sama rakyat dan hujan bukanlah menjadi batu penghalang demi kerana sayangkan Rasullullah saw.
Bersama ini dikongsikan gambar-gambar ihsan dari sahabat blogger Sangkakalajari9 (KLIK SINI) suasana program ini untuk tatapan pembaca dan untuk sama-sama kita renungkan adakah kita mampu dan sanggup lakukan seperti apa yang mereka lakukan demi kerana sayangkan nabi junjungan kita Rasullullah saw. Sama-sama kita renungkan....
No comments:
Post a Comment