Thursday, 18 December 2014

Adakah "Line Up" Baru UMNO Selangor Ini Mampu Mengembalikan Selangor Semula Kepada BN??? @NajibRazak @nohomar



Senario politik negeri Selangor antara negeri dalam negara yang memang menjadi perhatian penganalisis politik, orang politik sendiri bahkan rakyat biasa yang membicarakannya di peringkat kedai mamak hatta sehingga ke warung kopi tidak kiralah sama ada yang diperbincangkan dan diperdebatkan itu cerita pasal kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat atau mengenai pergolakkan UMNO Selangor yang menjadi pembangkang dalam Selangor kini.

Segalanya bermula ketika PRU12 tahun 2008 ketika pertama kali Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan Pakatan Rakyat memenangi 37 kawasan DUN berbanding hanya 20 DUN yang dimiliki oleh BN. Maka ketika itu Selangor buat pertama kali memiliki Menteri Besar dari Pakatan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Bermula 2008 sehinggalah ke PRU13 yang lalu Selangor masih gagal dikuasai kembali oleh BN. Persoalannya : KENAPA???? Kenapa BN yang diterajui oleh UMNO masih masih gagal mengembalikan Selangor ke tangan BN. Antara faktor yang tidak boleh kita ketepikan adalah kerana sokongan bukan melayu terhadap BN yang gagal dilaksanakan peranannya oleh parti komponen BN lain. Satu lagi punca tidak boleh kita sangkalkan adalah kerana pergeseran dalaman antara pemimpin UMNO itu sendiri dalam negeri Selangor. Umum mengetahui "perang dingin" antara pemimpin UMNO Selangor hingga terbentuknya kem-kem.

Apabila ini berlaku sudah pasti perpecahan bukan sahaja berlaku kepada pemimpin tertinggi UMNO Selangor bahkan akan diikuti oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi apabila bos kawasan berpecah mengikut kem-kem ini tadi secara tak langsung ahli dan anak buah akan mengikut Ketua Bahagian masing-masing. Lantas bagi mereka yang suka melihat situasi ini akan mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh apabila dengan mengambil jalan mudah mencari siapakah yang mahu dijadikan "KAMBING HITAM" bagi diletakkan segala masalah dan kesilapan ke bahu "mangsa". Dan jika kita lihat apabila perkara ini berlaku paling mudah adalah menuding jari kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor selaku ketua atau pemimpin paling atas dalam parti UMNO di Selangor. Sudah tentu "mangsa"nya adalah Datuk Seri Noh Omar. Kesempatan ini diambil oleh pembangkang malah ditambah garam pula oleh ahli UMNO sendiri mula menyalahkan Noh Omar atas kegagalan merampas kembali Selangor.

Namun jika kita perhalusi senario ini jelasapa yang berlaku adalah disebabkan oleh sikap dan perangai pemimpin kawasan dan ahli UMNO sendiri di Selangor. Rentetan dari itu maka mula wujudlah "warlords" dalam UMNO Selangor yang masing-masing mahu menunjukkan kekuatan kuasa politik masing-masing kepada kepimpinan tertinggi UMNO terutama kepada Presiden parti. Ini jelas diperjelaskan oleh Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyebutkan bahawa bukan Noh Omar berubah atau diubah tapi ahli dan kepimpinan UMNO Selangor keseluruhannya yang perlu berubah seperti tulisan di bawah :
KUALA LUMPUR: UMNO Selangor memerlukan satu perubahan besar, selagi tidak dilakukan perubahan yang besar dari semua aspek, tidak ada ada harapan untuk UMNO Selangor mengambil alih Selangor, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan, dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Jelasnya lagi, ia bukannya berpunca daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, tetapi seluruh UMNO Selangor itu sendiri.
“Tidak ada kaitan dengan Noh Omar, tetapi UMNO Selangor itu sendiri. Cara pentadbiran dan cara mereka menguruskan menyediakan satu platform untuk mereka berdepan dengan Pakatan Rakyat. UMNO Selangor masih tidak jelas.
“Pembangkang tidak gerun dengan UMNO Selangor, PKR tidak hormat dan bagaimana rakyat mahu yakin dengan UMNO Selangor,” ujarnya kepada pemberita.
Kata beliau lagi, sekiranya perkara ini berterusan dan berpanjangan, pastinya UMNO Selangor tidak akan digeruni.
“UMNO Selangor sebagai pembangkang harus lebih kuat daripada pihak kerajaan negeri. Kalau dia tidak kuat perjuangkan isu-isu, bagaimana hendak dapatkan Selangor?” soalnya.
Jelasnya, pada saat ini, rakyat Selangor khususnya, masih belum bersedia untuk menerima UMNO Selangor sebagai pihak Kerajaan.
“Terlalu banyak yang perlu diubah,dari segi kepimpinan, UMNO Selangor masih belum cukup kuat untuk mentadbir negeri Selangor,” katanya.
Sebelum ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya menyatakan UMNO Selangor perlu berubah dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula terutama dengan bersedia menerima ramai ahli baru, termasuk yang berbakat.
“UMNO Selangor mesti perlu terima hakikat yang mereka perlu berundur selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.
“Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya,” katanya.
Bahkan Mahathir sebelum ini turut memberi pilihan kepada Datuk Seri Najib Razak sama ada mahu bertanggungjawab ke atas kegagalan UMNO merampas semula negeri Selangor.
Katanya lagi, pemimpin UMNO Selangor yang lain juga perlu berundur kerana gagal membentuk kerajaan di tersebut, dua kali berturut-turut sejak pilihan raya umum 2008.
“Saya percaya bila kita dah lama dan tak berjaya, bagilah pada orang lain. Saya sendiri berhenti dan bagi tempat pada orang lain. Jadi, kalau kita tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah pada orang lain dan kita sokong orang lain,” katanya sebelum ini.

4 comments:

  1. Tolak ler Si ruddin tu, dia nie kuat sabotaj parti kalu x dicalonkan. Tanya ketua2 cawangan kat UMNO Klang lebih separuh tahu cerita dia cam ne dia sabotaj calon UMNO Arwah Dato Z dan Selepas itu Calon Puteri UMNO Roslinda. Bahagian sendiri pun x terjaga, persudangan yg lepas yg hafir mesyuarat hanya sekitar 200 org padahal masa perasmian oleh Dato Hismamuddin hampir 600 org dtg.. termasuk yg terpaksa diimport dr luar sebanyak 4 bas.

    ReplyDelete
  2. Siapa yg membariskan barisan tu? Adakah telah disepakati atau BMW best man win?

    ReplyDelete
  3. Amnok Selangor tinggal spenda hajak

    ReplyDelete
  4. Zein isma tu ? Tak payahlah ,suruh cari Org yg lain.

    ReplyDelete