Banjir: Beras dicetak wajah PM, penipuan terbaru Malaysiakini & blogger serta macai Pakatan Rakyat.
Tak habis-habis portal milik Pakatan Rakyat ni buat fitnah terutama dalam suasana sedih terutama rakyat dan penduduk yang menjadi mangsa banjir yang masih belum reda. Dalam keadaan ini dah ler tak membantu sama bahkan menabur fitnah lagi. Terbaru MalaysiaKini menabur fitnah soal gambar PM pada beras yang diagihkan oleh Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani.
Daripada berpuluh ribu metrik tan yang disumbang dan diagihkan oleh Kementerian Pertanian kepada mangsa banjir sejak awal musibah ini berlaku kenapa beras yang menjadi isu tidak ikan, bawang, sayuran, daging, dan keperluan lain. Kerana pembangkang sudah ketandusan modal tambahan pula pemimpin mereka daripada Pakatan Rakyat langsung tidak turun padang membantu.
Ini jawapan kepada fitnah yang dibuat oleh MalaysiaKini berkaitan isu beras :
1. Tiada paket beras yang "DICETAK" wajah PM. Hanya beberapa keping kertas sahaja yang dicetak dan ditampalkan di paket paling atas bagi tujuan membezakan barangan-barang daripada Kementerian Pertanian (MOA) dengan bantuan-bantuan daripada pihak lain. Tujuannya agar bantuan daripada MOA ini tidak bercampur dengan bantuan-bantuan lain semasa disimpan, dihantar melalui kapal terbang dan lori serta sewaktu pengagihan ke kawasan-kawasan yang terjejas.
2. Melalui gambar-gambar yang dikirimkan oleh sukarelawan MOA kepada mangsa-mangsa anjir, jelas tiada paket beras yang "DICETAK" wajah PM.
3. Tiada isu lewat sampai kerana barangan MOA sampai awal dan melalui beberapa peringkat penghantaran. Tiada juga isu pertambahan kos kerana dakwaan pelekat terpaksa dicetak untuk setiap paket bantuan dan petugas terpaksa melakukan tugas melekatkan pelekat juga tidak benar dan tidak berlaku.
Berbanding dengan apa yang pihak pembangkang buat terutama Pas yang terang-terangan mencetak logo atau lambang Pas pada plastik sumbangan seperti gambar di atas. Apakah ini tak mengapa dan tidak dilihat oleh MalaysiaKini. Kepada mereka yang membaca tolong sampaikan kepada MalaysiaKini gambar ni dah buat la artikel yang sama tengok sama ada puak haram jadah ni berani ker tak.
Adalah amat wajar untuk MOA dan menterinya menyaman Malaysiakini dan blogger terbabit kerana menyiarkan berita palsu dan tidak menjelaskan keadaan sebenar. Saman terhadap MalaysiaKini amat perlu bagi memberi pengajaran kepada MalaysiaKini dan yang lain agar tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah terhadap Kementerian Pertanian dan menterinya.
p/s : saman.... jangan tak saman...
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Wajar juga ditampal gambar PM atau BN bagi membezakan pemberian dari org2 lain..
ReplyDelete