Setelah perletakan jawatan Ketua Pembangkang Kerajaan Negeri Selangor oleh Dato' Samsudin Lias yang juga ADUN Sungai Burung bermula hujung tahun 2014 sehingga ke hari ini jawatan itu masih kosong tidak diisi oleh sesiapa pun [Klik Sini] [Klik Sini]. Beliau juga menolak tawaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Selangor yang merasa jawatankuasa ini hanya merupakan salah satu agenda kotor politik kerajaan Pakatan Rakyat kerana jika dilihat sebenar secara mendalam kuasa dan fungsi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) ini amatlah terhad terhad berbanding dengan SELCAT yang kelihatan kuasanya mengatasi PAC.
Lantaran itu terdapat desakan demi desakan terutama daripada kerajaan Negeri Selangor yang mahu jawatan Ketua Pembangkang diisi segera. Namun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang juga bertindak sebagai Pengerusi BN Negeri, Datuk Noh Omar memberi penjelasan kenapa jawatan ini bukanlah suatu keutamaan atau wajib diisi. Lihatlah video di bawah ini jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Noh Omar mengenai status jawatan Ketua Pembangkang Negeri Selangor.
Tidak ada keperluan lagi mahu ganti Ketua Pembangkang Selangor yang baharu.
Itu reaksi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung kekosongan jawatan itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias meletakkan jawatan.
"Ya, kami menerima surat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai menamakan Ketua Pembangkang dan kami telah membalasnya menyatakan kami menerima surat berkenaan.
"Namun setakat ini kami belum berbincang untuk menggantikannya," ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Selangor di sini hari ini.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang itu memberitahu, jawatan ketua pembangkang bukan satu keperluan DUN dan tidak menganggu proses perundangan tanpa sesiapa memegang jawatan berkenaan.
"Lagi pun banyak negeri tak ada ketua pembangkang. Melaka, dulu DAP jadi ketua pembangkang tetapi kini tidak ada pun..mereka tak bising," katanya.
Shamsuddin sebelum itu meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang selepas mendakwa kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membuat dasar mewajibkan sesiapa memegang jawatan itu secara automatik memegang jawatan Pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor.
Bagaimanapun, kuota ahli jawatankuasa dalam PAC Selangor didakwanya tidak adil sebagai alasan tidak meletakkan jawatan.- MalaysiaGazette
Mengapa tida kata Selangor tidak memerlukan pembangkang
ReplyDelete