Thursday, 22 January 2015

Penjelasan Menteri Pertanian Tentang Bantuan Kepada Petani Mangsa Banjir??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


TEMURAMAH YBM ISMAIL SABRI @ RTM RANCANGAN LANSKAP - PASCA BANJIR

1. Sebanyak 3 juta ringgit telah dibelanjakan pada awal berlakunya bencana banjir  oleh Kementerian Pertanian. Kementerian Pertanian sangat komited bantu walaupun ianya patut berada di belakang

2. Penyusunan semula bajet oleh PM. Setakat ni projek rakyat tetap diteruskan, cuma mungkin operasi pengurusan dan Kementerian dikurangkan.

3. Tambahan 100 juta ringgit untuk Tekun dan 10 ribu ringgit untuk mangsa banjir pulihkan semula perniagaan mereka. Penangguhan pinjaman oleh Agrobank & Tekun. Untuk Tekun Kementerian Pertanian akan beri dengan segera, tidak ada lagi borang dan karenah birokrasi. Tekun juga akan menjadualkan semula pinjaman untuk meringankan beban mangsa. Agrobank pula memperuntukkan 50 juta ringgit untuk pinjaman kepada mangsa banjir tanpa cagaran dan penjamin.

3. Kementerian Pertanian mempunyai formula untuk membayar kepada mangsa banjir. Contohnya lembu RM700 seekor untuk maksimum 10 ekor.

4. Beberapa kali Menteri Pertanian sudah menjelaskan, mangsa tak perlu repot polis untuk mendapatkan bantuan. Cukup dengan melaporkan dengan Jabatan Pertanian terdekat sahaja.

5. Ketegasan Kementerian Pertanian. KADA tidak perlu menunggu peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan. Sebaliknya menggunakan peruntukan sendiri duhulu. Sebab ia Menteri telah turun sendiri ke Kelantan dan melihat keadaan yang sangat teruk kepada penduduk. Jika Kementerian Pertanian, keadaan akan memudaratkan lagi penduduk Kelantan.

6. Ada pertindihan kerja. Contoh pengurusan sungai. Sungai bukan di bawah Kementeria Pertanian tapi kalau kita asyik tolak-tolak kerja, rakyat yang rugi. Kementerian Pertanian telah mengambil tanggungjawab ini untuk membaiki sungai di Morak, Kota Bharu, Kelantan.

7. Bagi kenaikan harga barang pertanian, pemborong ambil kesempatan. Kelantan, Terengganu bukan pengeluar sayur.

8. Sebab tu Kementerian Membuka Pasar Tani Khas yang harga barangannya sehingga 60% lebih murah. Di Kelantan sahaja Kementerian Kewangan telah membuka 11 Pasar Tani Khas. Ia buka di kawasan yang mengalami banjir.

9. Larangan mengeksport sayuran buah-buaan dan ikan kepada rakyat untuk menjamin bekalan mencukupi.

10. Kita perlu sama-sama berkerja antara kerajaan, GLC dan swasta dalam bidang agromakanan. Menteri Pertanian masih tidak nampak lagi keagresifan GLC yang terlibat dalam agromakanan untuk sama-sama bantu gerak kerja membantu mangsa banjir.

11. Bagi membantu mangsa banjir, Menteri Pertanian telah mengerahkan sukarelawan membantu membersih rumah kediaman. Kementerian memberi peralatan. Kementeria juga turun dapatkan maklum balas. Ada kawasan perlu makanan. Ada kawasan perlu barang selimut, dapur. Semua tu telah disemak dan diselaraskan.

12. Sebanyak RM500,000 untuk membantu mangsa banjir di Sarawak. Tidak ada diskriminasi, Kementerian juga membantu rakyat Sarawak.

13. Bekalan makanan tidak ada masalah buat masa sekarang.






No comments:

Post a Comment