Saturday, 15 August 2015

Cerita Sebenar Siapa Di Sebalik Arul Kanda 1MDB???? @NajibRazak



Khabarnya ramai dilaporkan ‘terlopong mulut’ apabila menonton program serius Soal Jawab yang disiarkan stesen TV3 pada malam Rabu lalu, bukan kerana ia kebetulan membicarakan isu panas melibatkan 1MDB.

Juga ada dikatakan ‘terpegun’ menyaksikan kefasihan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mampu bercakap dalam bahasa Melayu tanpa masalah seperti gaya orang Melayu sejati.

Kepetahan beliau berhujah bahkan jauh lebih baik daripada ramai ahli parlimen dan pemimpin pembangkang bukan Melayu di Parlimen yang masih lagi tergagap-gagap apabila cuba berbahas ‘menghentam’ pihak kerajaan.

Biarpun Arul pernah berada lama di luar negara kerana tuntutan pekerjaan, cara beliau berbual mengutamakan bahasa Melayu nyata amat berbeza dengan tokoh-tokoh Melayu yang ‘selesa’ cakap Inggeris walaupun berterabur.

Memetik portal AgendaDaily, ramai yang ‘hairan’ ketika bos 1MDB itu tampil dalam program secara langsung tersebut apabila beberapa kali menyebut kalimah lazim seperti Alhamdulillah, Insya Allah dan seumpamanya.

Ini sebab jika tengok punya tengok sekali pandang wajahnya macam 100% imej tipikal orang India dan namanya pun memang sah nama orang India, tiada langsung unsur-unsur nuansa Melayu, Mamak atau pun Bangladesh.

Malah ketika mula-mula beliau diumumkan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB pada 1 Januari 2015, ramai tentu ingat beliau rakyat Malaysia yang pasti tidak tahu cakap bahasa Melayu sepatah pun.

Sebenarnya tidak ramai tahu, bagi kalangan petugas media tempatan sendiri yang ketika kali pertama bertemu beliau untuk wawancara eksklusif pasti disapa dengan salam yang lembut dan berpelukan cara orang Arab.

Ada rakan-rakan pemberita media prokerajaan bahkan terkejut juga mendengar lenggok dialek bahasa Melayunya amat fasih dan lancar sama seperti iras-iras gaya Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Khabarnya kalau loghat Kelantannya terkeluar, habis lebih lancar lagi! Ironi mungkin ramai masih tidak tahu latar belakang siapakah dirinya itu. Arul membesar di Kelantan, walaupun beliau dilahirkan di Kuala Lumpur.

Ibunya seorang doktor yang bertugas di hospital kerajaan; kebanyakannya di luar bandar. Beliau membesar di Machang, Kelantan sebelum memasuki Maktab Tentera Diraja (RMC) di Kem Sungai Besi pada usia 13 tahun.

Ini bermakna Arul memang sah macam orang ‘Kelate’ juga dan jenis kuat makan budu. Habis tamat tingkatan 5 di RMC, beliau menyambung lagi pelajaran ke London School of Economics and Political Sciences di Britain.


Beliau memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang atau LLB dan kemudian mendapat sarjana dari University College London pada tahun 2000 sebelum memulakan kerjaya awal sebagai penganalisis sekuriti.

Arul berkhidmat di firma kewangan Calyon di London dari Januari 2002 hingga Jun 2003 sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengarah bersekutu pensekuritian Calyon juga di London dari Julai 2003 hingga Mei 2004.

Beliau kemudian diberi kepercayaan dilantik sebagai pengarah modal pasaran Calyon di Bahrain antara Jun 2004 hingga Jun 2005. Jadi tidak hairanlah beliau dilaporkan boleh juga bertutur lancar dalam bahasa Arab.

Arul merupakan Ketua Perbankan Islam, Calyon di London dari Julai 2005 hingga Ogos 2006 sebelum pindah ke Barclays Capital sebagai Ketua Penyelesaian Pembiayaan Islam di Dubai dari September 2006 hingga Julai 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah di RHB Islamic Bank Bhd. dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Capital Bhd. serta RHB Investment Bank Berhad dari 20 Julai 2009 hingga 10 Mei 2011.

Arul sering bertugas di luar negara dan hanya sesekali pulang sama ada mesyuarat setelah terlibat dengan RHB atas lantikan bank tempatnya bekerja, Abu Dhabi Commercial Bank secara kebetulan ada saham di dalam RHB.

“Selepas pegang beberapa jawatan dalam RHB saya kerap balik ke Malaysia sama ada untuk bermesyuarat, bercuti dan sebagainya, ketika itu saya mula kenal dengan ramai ‘kapten industri’ dalam negara sendiri,” ceritanya.

Salah seorang yang dikenalinya itu kemudian mencadangkan kepada beliau untuk berbakti balik ke tanah air bagi ‘mengemudikan’ sendiri 1MDB dan selebihnya adalah sejarah yang tidak perlu dibahaskan secara peribadi.

Bercerita kalimah lazim seperti Alhamdulillah dan Insya Allah, ramai tidak tahu Arul sudah pun lama menganut agama Islam pada 2004 ketika pulang ke Kuala Lumpur susulan hatinya terbuka dengan hidayah cahaya Ilahi.

Ketika itu beliau masih lagi berkhidmat di Bahrain dan lafaz Syahadah memeluk Islam diucapkan sendiri dengan fasih di pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) tanpa sebarang hebahan publisiti atau promosi.

Jadi apakah pula cerita mengenai namanya yang masih lagi macam penganut beragama Hindu itu? Ramai yang mungkin terkeliru sehinggalah disiarkan program Soal Jawab di TV3 itu. Ia sebetulnya bukan tidak bersebab.

“Saya tanya Pejabat Mufti Wilayah perlu atau tidak saya tukar nama… mereka menerangkan biasanya di Malaysia, saudara baru diberi sijil memeluk Islam untuk tujuan pertukaran nama di kad pengenalan, pasport dan lain-lain.


7 comments:

  1. Letak sesapa pon...din penyu n geng tak akan percaya nyer!!!
    Mgkin letak rapiji atau tony babi ganti tempat arul tu barulah hilang meroyan mrk tu....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete
  2. Arul Kanda ni boleh jadi Menteri Kewangan nanti.Rasanya jadi PM pun ok,gaya bercakap,isi percakapan ,kelancaran bercakap dan butiran penerangan beliau,serta budi bahasa beliau yg kelihatan cukup baik,sukar utk di cari personeliti seperti beliau dalam Umno sekarang .He is verygood.

    ReplyDelete
  3. “In the first place, the taskforce was illegally constituted. They were not supposed to be investigating the PM or any individual for that matter,” he said in an interview run by English daily The Star. - Rahman Dahlan

    Dulu cakap boleh siasat, tidak ada apa nak di sembunyikan, suruh tunggu, tunggu, tunggu last2 rakyat jadi tunggul!

    Kah kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Ah pek DAP tu nak berdebat dengan arul kanda ada bran?

    ReplyDelete
  5. Tulisan admin masih tidak menjelaskan kenapa Arul Kanda memberikan jawapan yang berbelit belit tentang simpanan di Cayman Island daripada pengakuan nya sendiri yang kononnya telah melihat sendiri penyata kewangan di Cayman Island dan akhirnya tunai tu sebenarnya bukan tunai tapi "unit" yang entah unit apa sampai sekarang masih ada seorang pun yang memberikan penjelasan tentang benda "unit" ini termasuk Arul.

    ReplyDelete
  6. ape yg ko merepekk?

    ReplyDelete