Gempar!!! 80 Ketua Bahagian UMNO Berkumpul Nyatakan Solidariti Kepada @IsmailSabri60!!! @NajibRazak #DSIS


Perjumpaan membincang & menyokong kenyataan YB Dato Sri Ismail Sabri, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia :-

Tarikh : 4/2/2015 (Rabu)
Masa : 12.00 pm
Tempat : Kelab Tasik Putrajaya
Koordinator: Permatang Pauh

1. Gopeng
2. Bukit Mertajam
3. Bukit Gelugor
4. Pengerang
5. Bagan
6. Kepong
7. Hulu Langat
8. Batu Kawan
9. Kelang
10. Tanjung
11. Inderamahkota
12. Permatang Pauh
13. Batu
14. Pendang
15. Kuala Selangor
16. Bukit Bintang
17. Cameron Highlands
18. Taiping
19. Parit
20. Teluk Intan
21. Jerantut
22. Puchong
23. Tg Malim
24. Cheras
25. PJS
26. Selayang
27. Kuala Langat
28. Segambut
29. Kepala Batas
30. Bukit Gantang
31. Ampang
32. Hulu Terengganu
33. Ipoh Barat
34. Titiwangsa
35. Padang Besar
36. Temerloh
37. Sepang
38. Bayan Baru
39. Wangsa maju
40. Simpang Renggam
41. Bera
42. Sabak Bernam
43. Ayer Hitam
44. Kuala Krau
45. Jempol
46. Kubang Pasu
47. Kota Raja
49. Pandan
50. Sg. Besar
51. Kuala Terengganu
52. Nibong Tebal
53. Subang
54. Jelutong
55. Parit Buntar
56. Kota Marudu
57. Kapar
58. Kinabatangan
59. Jasin
60. Dungun
61. Beaufort
62. Rantau Panjang
63. Kuala Pilah
64. Gombak
65. Keningau
66. Pengkalan Chepa
67. Hulu Selangor
68. Labuan
69. Rasah
70. Marang
71. Segamat
72. Shah Alam
73. Rompin
74. Lipis
75. Batu Gajah
76. Serdang
77. Seputeh
78. Kuantan
79. Arau
80. Grik

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, 3 February 2015

Pemimpin Ngo Melayu Berkumpul Zahirkan Solidariti @IsmailSabri60!!! @NajibRazak #DSIS


Petang ini bertempat di Riverside PWTC seramai lebih 200 orang pemimpin tertinggi NGO-NGO melayu berkumpul bagi menzahirkan sokongan mereka kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian Dato' Sri Ismail Sabri yang mendesak "taikun" dan peniaga cina agar menurunkan harga barang kerana menurut beliau kaum ini yang majoritinya menguasai perniagaan dan ekonomi pasaran barangan keperluan rakyat Malaysia.

Kumpulan NGO ini berkumpul dan membuat kenyataan media mengenai sokongan penuh mereka kepada Ismail Sabri dan juga mereka menentang sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA yang bersekongkol dengan DAP dari pembangkang. Tindakan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA itu dilihat jelas seolah-olah tidak menghormati persahabatan dalam Barisan Nasional.

NGO-NGO melayu dan pemimpinnya sudah menzahirkan solidariti mereka terhadap kenyataan Ismail Sabri,

PERSOALANnya bagaimana dengan 192 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara termasuk 192 x 3 sayap UMNO di setiap Bahagian. Adakah mereka-mereka ini yang dipilih dan dilantik oleh akar umbi hanya sekadar mendiamkan diri?

Bagaimana pula dengan Pak Menteri-Pak Menteri yang lain adakah mereka "playsave" dengan terus menikus dalam isu melibatkan "melayu" dan terus membiarkan Menteri Pertanian ini berseorangan dalam menghadapi isu ini?

Tepuk dada tanya Pak menteri dan Ketua Bahagian....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Exco Pemuda UMNO @MukhrizFuad Keluar Kenyataan Sokong @IsmailSabri??? @NajibRazak #DSIS


Saya selaku pengerusi Biro Pertanian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong saranan yang dibuat oleh Dato Sri Ismail Sabri bagi menggunakan kuasa yang ada pada kita sebagai pengguna dan pembeli bagi mengambil ketetapan dan langkah bersama untuk membantu menurunkan harga barangan di pasaran selaras dengan penurunan harga minyak dunia.

Hanya dengan menggunakan kuasa kita sebagai pembeli dan pengguna yang bijak sahaja maka peniaga-peniaga yang tamak dan rakus akan dapat diajar.

Saya merasakan bahawa pengalaman YB Dato Sri Ismail Sabri selama ini sebagai menteri di dua kementerian yang terlibat secara langsung dengan pemantauan harga barangan di pasaran telah membuatkan beliau sedar akan punca kenaikan harga barangan, namun apabila terdapat peluang bagi rakyat, yang terdiri dari pelbagai agama, kaum dan lapisan masyarakat, untuk menikmati penurunan kos harga barangan, perkara itu tidak berlaku atas disebabkan sifat tamak oleh sesetengah pihak bagi mengaut keuntungan yang melampau dan berlebihan.

Perlulah kita sedar juga bahawa dalam keadaan negara baru sahaja pulih dari musibah banjir yang melanda, maka seharusnya semua pihak mempunyai semangat dan rasa tanggungjawab untuk membantu membangunkan semula negara dan bekerjasama bagi meringankan beban yang dialami masyarakat, secara langsung mahupun tidak langsung.

Bukankah selama ini juga pun, apa yang diperjuangkan dengan lantang oleh sesetengah pihak adalah untuk menurunkan harga barangan maka hari ini kita perlu mempersoalkan mengapa apabila ada peluang yang begitu baik untuk kita menikmati penurunan harga barangan secara mendadak, ianya tidak langsung dibangkitkan oleh pihak-pihak tersebut.

Saya mencabar peniaga dan pemborong yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kata-kata mereka, untuk menurunkan harga barangan mereka, selaras dengan kenyataan mereka yang sering kali menggunakan faktor kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan.


Dato Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network



Panas!!! Jawapan Menteri Pertanian Bikin DAP Dan Peniaga Cina Sentap??? @IsmailSabri60 #DSIS


Sejak sehari dua ini heboh terutama di laman sosial mengenai isu kononnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri cuba mewujudkan ketegangan kaum dan bersifat rasis berikutan kenyataan beliau mengenai peniaga cina yang masih tidak mahu menurunkan harga barangan keperluan selaras dengan penurunan harga minyak negara baru-baru ini.

Ismail Sabri disifatkan cuba menaikkan kemarahan kaum cina dengan kenyataan tersebut oleh pemimpin berbangsa cina daripada DAP. Lebih parah lagi apabila kepimpinan parti komponen dalam BN seperti MCA yang berteraskan kaum cina juga menyokong bantahan DAP. Namun jika diselidiki dan diperhalusi ada kebenarannya kenyataan Menteri Pertanian ini kerana dengan jelas beliau hanya mengkhususkan kepada "segelintir peniaga cina" bukan kepada keseluruhan bangsa cina amnya. Umum mengetahui bahawa hampir majoriti penguasaan ekonomi Malaysia dipegang oleh bangsa cina dan hakikat ini tidak boleh dipertikai kerana ia adalah hakikat sebenar dan adalah kenyataan yang perlu diakui.

Jika ketika kenaikan harga minyak petrol berlaku "taikun-taikun cina" inilah yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan "kenaikkan harga minyak" namun ketika harga minyak turun mereka tidak melakukan sebaliknya kerana jika masih menggunakan harga tanpa penurunan harga sudah tentu "peniaga haram jadah" ini akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Ikuti penjelasan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai status di FB yang menjadi isu panas oleh pemimpin cina DAP dan MCA :

"Ya.. statement itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yg masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.
Sewaktu kenaikan harga minyak mereka gunakan alasan... seolah-olah sengaja dilakukan bagi wujudkan kemarahan kepada kerajaan.
Bagi saya pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga spt boikot dan sebagainya.
Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti.. tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti.
Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina ini saya respond kepada FB yg mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.
Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata.
Tindakan mana-mana peniaga yang tidak turunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan. 


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network