Tuesday, 3 February 2015

Panas!!! Jawapan Menteri Pertanian Bikin DAP Dan Peniaga Cina Sentap??? @IsmailSabri60 #DSIS


Sejak sehari dua ini heboh terutama di laman sosial mengenai isu kononnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri cuba mewujudkan ketegangan kaum dan bersifat rasis berikutan kenyataan beliau mengenai peniaga cina yang masih tidak mahu menurunkan harga barangan keperluan selaras dengan penurunan harga minyak negara baru-baru ini.

Ismail Sabri disifatkan cuba menaikkan kemarahan kaum cina dengan kenyataan tersebut oleh pemimpin berbangsa cina daripada DAP. Lebih parah lagi apabila kepimpinan parti komponen dalam BN seperti MCA yang berteraskan kaum cina juga menyokong bantahan DAP. Namun jika diselidiki dan diperhalusi ada kebenarannya kenyataan Menteri Pertanian ini kerana dengan jelas beliau hanya mengkhususkan kepada "segelintir peniaga cina" bukan kepada keseluruhan bangsa cina amnya. Umum mengetahui bahawa hampir majoriti penguasaan ekonomi Malaysia dipegang oleh bangsa cina dan hakikat ini tidak boleh dipertikai kerana ia adalah hakikat sebenar dan adalah kenyataan yang perlu diakui.

Jika ketika kenaikan harga minyak petrol berlaku "taikun-taikun cina" inilah yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan "kenaikkan harga minyak" namun ketika harga minyak turun mereka tidak melakukan sebaliknya kerana jika masih menggunakan harga tanpa penurunan harga sudah tentu "peniaga haram jadah" ini akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Ikuti penjelasan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai status di FB yang menjadi isu panas oleh pemimpin cina DAP dan MCA :

"Ya.. statement itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yg masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.
Sewaktu kenaikan harga minyak mereka gunakan alasan... seolah-olah sengaja dilakukan bagi wujudkan kemarahan kepada kerajaan.
Bagi saya pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga spt boikot dan sebagainya.
Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti.. tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti.
Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina ini saya respond kepada FB yg mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.
Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata.
Tindakan mana-mana peniaga yang tidak turunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan. 


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network








1 comment:

  1. SOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete